Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Throwing tantrum...

Sengeh tuh geram je nengok tuh
Peelnya pelik sikit...tak seperti abang ngan kakak...Apa yang dia nak kalau tak dapat akan ditunjuk perasaannya...Satu kampung boleh dengar....hemmmmm budak kecik nihhh...Sebab itu orang cakap walaupun keluar daripada rahim yang sama perangai dan sikap tak mungkin serupa...

Aku cuba suarakan perkara nih kepada Dr Mahani..jawapanya:" Biasalah nakkan perhatian" ehhh ehhhh itu plak ye...sebelum nihhh lagi scary masa dia 7, 8 bulan bila nangis ...selak dia...biru muka jem sekejap...time tuh pun buat jantung aku nak stop gak...Bila consult dr...dia minta aku alihkan perhatian asyraf bila dia jadi begitu...It work Alhamdullillah...

Selepas incident2 begitu berlalu datang plak penyakit lain..ewah ewahhh suka hati perasaan dia kalau menangis sepenuh hati..Ada satu masa kalau ada dinding dilanggarnya..habis lebam2 dahi...waduhhh serius nihhh..Bibik selalu jadi mangsa, dibalingnya hot wheel car abang..lebam mata bibik..2 minggu jugak..Ni kes anak majikan buli bibik..

Aku cuba google mana yang patut..tips yang aku dapat:
1) Cuba tenang bila menghadapi situasi 'tantrum' - Checked yg nihh InsyaAllah bleh handle
2) "Tantrum" tuhhh untuk mendapat perhatian - Mungkin ya lahhh yang ini 
3) Tawar dengan pilihan yang lain kepada anak - Hem yang ni kena fikirkan
4) Tentukan apa yang menyebabkan 'tantrum' - Eeehhhh nak kena tahu plak apa yang tak kena 
5) Do not reward tantrum.- hah yang ni lagi aku setuju, bab kata orang jgan ikut bulat2 anak, perlu kena pada tempatnya kalau tak jawab sampai ke besarlah cam tuh..
6)....
7)....
8)...

Aksi ultraman terbalik nihhhh...dengan penuh perasaan di depan pintu
Alamak banyak la plak beb...Google lahhh sendiri ye....hehehehe....

Apa-apapun aku percaya ..ibu bapa yang mencorak anak-anak. Mereka adalah amanah daripada Allah SWT.
Hobi saya: Main keta hot wheel, continuous legacy drp abang saye :)

Monday, February 20, 2012

Present tahun ke-2

Tahun lepas dah cuba kali pertama, tahun ini dimintanya lagi sebagai present untuk ulangtahun ke 9...Mama hanya tunai permintaan kakak...
Yang nama kakak nihh...sekali cuba setelah setahun skill dah ader...cayalah anak mama...dah terror siap bleh laju-laju dah...yang bahana menunggu mama ngan baba sampai lenguh betis2...tak perlu nak skating  hemmmm...

Moral of the story: Tahun depan jangan request benda yang sama lagi je kakak...walaupun hanya RM 20 per entry yang terseksa orang yang menunggu di luar...

Wednesday, November 23, 2011

Kepulangan ke kampung...

Bibikless aku nihh...Dah seminggu dia bercuti..bagi lahh chance dia nak jumpa anak dia..dah 3 tahun tak tengok anak..kalau aku ..gila jadinya...beberapa jampun aku rindu-rinduan habis...especially budak kecik yang satu tuhhh...mau tersenyum-senyum aku dibuatnya...Apa yang buat aku tersenyum?

Contoh kejadian: Di suatu tengahari (Selasa lepas) aku bersamanya..dia cuba dapatkan bola sekali terlajak..patutnya patah balik tapi kaki tu undur belakang..punyalah suka boleh undur belakang..tu kira first time boleh undur tau...lepas tuh dengan gigihnya practise undur sambil sengeh2...cutenya aksi dia..kakakakaka gelak aku sorang2 dgn gelagat dia...

Urusan rumah, aku perlu buat dengan hubby...tapi sehingga hari nih boleh maintain lagi..tapi kekalutan tuh tempias kepada anak2. Kelas ngaji anak2 di surau asik miss ja coz time maghrib sampai isyak..mana tak nya time maghrib baru sampai rumah...dengan nak masak lagi, makan lagi..solat..kul 8 baru siap smua by that time dah nak masuk isyak..ngajipun habis...dalam pada tuh ngaji ngan baba atau mama ja...tapi aku nekad aku kena adjust jugak so that masa tuh ada...peruntukan 24 tuh sudah cukup cuma bagaimana nak menguruskannya sahaja terpulangkan....

Perhitungan kami hantar anak pada pengasuh...Hari pertama bibik balik...Asyraf Huzaifah di hantar kepada Pengasuh 1..everything ok infact aku siap umpan kakak jadi peneman sampai ponteng kafalah dia...pada petang hari ke3, pengasuh tuh ckp dia ada urusan imigresen keesokan hari nya...waduhhh dah terbayang cuti kecemasan...Di ptang aku cuti kecemasan, pengasuh yang satu ni tipon bagitau urusan dia tak habis lagi, mungkin memakan masa 2 atau 3 hari, minta dicari pengasuh lain...Susahnya...takkan aku nak EL direct 3 hari....aku dah berbelah bagi..takkan nak hantar Asyraf ke Cheras nuh (masa tu dah teringat Kak Intan, taska Tfa dulu)..balik bincang dengan hubby..kami cari pengasuh lain, yang jadi mangsa jiran aku..terima kasih kak eton..sementara ni Asyraf kat situ..mungkin sampai bibik balik lahhh dia kat situ..Hubby nampak risau jugak tinggal anak2 di rumah pengasuh, sebab dia asik tanya cam mana ..ini...inu....Walaupun berat hati itulah cabaran ibu bapa berkerjaya nihhh...Byk Tawakkal  kepada Allah...

Apa-apapun aku cukup selesa bila di rumah hanya kami sahaja tanpa ada orang luar..keselasaan yang sukar digambarkan tetapi apakan daya kalau ada pembantu banyaklah dapat membantu urusan rumah dan menguruskan anak-anak...

Monday, October 10, 2011

Dari kejauhan ku berdoa...

Sayu tinggalkan mak minggu lepas..kalau dengan mak mmg aku kalah..air mata berjurai-jurai..makpun sama walaupun masa tu keadaan dia antara sedar atau tak (baru jap ubat tahan sakit)..Ya Allah kuatlah iman mak untuk menerima ujian kesakitan ini...

Jumaat lepas mak dipindah ke wad kelas 3 kerana mengalami sesak nafas dan keadaan jantung yang tidak stabil..kakak sms bagi tau mak asik sebut nama aku..itu yang aku tak tahan...aku di rumah mentua untuk majlis tahlil arwah abah..mcm2 aku fikir....Asyraf pulak demam panas..pepagi sabtu kami dah sampai lgkawi keadaan mak agak stabil...Masa utk jaga mak dihospital terbatas memandang sikecik demam panas..Ahad petang dah berangkat balik Semenyih..

Semalam kakak tipon dengan cerianya bagitau mak dah stabil dr dah pindahkan semula ke wad kelas 1 dan hari ini mak patutnya masuk OT semula utk tutupkan kaki mak yang dioperate...

Hari ini mak demam, gula dalam darah rendah...Ya ALLAH kepadaMu aku berserah segalanya...Moga dipermudahkan...

Monday, August 15, 2011

Shopping raya..

Tahun ni tak macam tahun-tahun lalu..aku tak buat persiapan rayapun..Lebih hanya bersederhana sahaja..Tapi hati anak2 perlu dimenangkan juga..rewards untuk mereka berpuasa..Tfa dah mula excited nak raya..Adham masih tak faham apa itu raya? Asyraf? Hemmmmm lagi laaaaaa....

Hujung minggu lepas..hubby plan nak potong rumput dirumah. Mmg lalang dah menghalang pemandangan sekitar dah..Usaha gigih dia aku puji..ari tu balikk kg dah dipotongnya rumput kat rumah mama..Ni rumah sendiri lagilah perlu rajin kan..Malam tu aku cuba risik.."Nak ? esok kita gi Senawang"...Taraaaaa...Jauh tuh..actually drp rumah aku highway LEKAS straight terus keluar Senawang..Dia kata ok...Wa hati dah berbunga..So buah tangan mak ngan MIL dah selesai... 

Al kisahnya punyalah ramai..Waduh nak pilihpun tak nampak dah..gamaknya lepas sahur masing-masing bertolak drp rumah ke PH Senawang gaya semua tuh, almaklum buka kul 7 pagi...Drp apa yang ku dengar ade yang datang dr Melaka..Bangi (lebih kurang akulahhh nihh) dan macam-macam lagilah ..mengagum kan...Yang best tuhhh ada yang glamer rambut blond pun ada..Moga Allah buka pintu hati dia untuk memakai tudung lepas balik drp PH tuh...

Tema kaler..kuning..since abah pernah kata nak pakai kaler kuning...So hari ahad misi ke Wisma Yakin KL..perlu naik keretapi, anak2 excited habis. Bukan excited nak beli baju raya tapi naik LRT..aku cuma risaukan adham mau terburai puasa nihh..Daripada rumah park di Ampang Park..selasa sungguh tak ramai orang...Sampai di Wisma Yakinpun orang tak ramai lagi so boleh pilih...2 jam kami dah bergerak naik LRT balik ke Ampang Park semula.Kali terakhir beli ready made baju melayu hubby 7 atau 8 tahun lepas itupun raya haji...So biar beli yang berkualiti sedikit at least boleh pakai banyak kali...Baju melayu asyraf paling cute..eee geramnya....Nanti tengok pic raya :-D..Dalam sehari kami settlekan semua..cuma tunggu nak beli tudung aku ngan TFA je...kedai mana plak la aku nak serbu hujung minggu nihh...Norul kata birthday month boleh claim 30% discount...Argggghhh S.Alam plak lah tu kot?heheheh anyway suggestion tempat lain?....

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ya Ramadhan

Baru sempat nak menjengah dekat blog aku nihh...Ramadhan datang lagi..hari tu ustaz di IKIM cakap..bersyukurlah kita kerana masih ada ruang dan peluang untuk diberada di bulan Ramadhan ini...Sayu rasa mengingatkan kata-kata ustaz tuh..."Lihat dengan mata hati dengan rahmat yang Allah berikan kerana kita masih berada di dalam bulan Ramadhan."Katanya orang lain yang mungkin pada Ramadhan lepas bersama kita makan sekali, ke bazar ramadhan sekali tetapi kini sudah tiada lagi...Ya Allah teringat pada arwah abah..Al-Fatihah..Kalau Allah izinkan kita bertemu Ramadhan, ada hadiah untuk kita, maka carilah hadiah itu....dalam betul makna tuh..

Dek kerana rasa syahdu..entry nih hampir seminggu tak dipublish...hujung minggu pertama Ramadhan kami berkesempatan balik kampung ziarah MIL. Sayu aku tengok mama...masih dalam kesedihan..mungkin abah pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan terkejut begitu...Serah badan aku tengok..aku cuba selami hati mama...Kata mama dia redha..cuma dia rindukan gurau senda abah yang selalu mengusik dia...kebetulan ulang tahun kelahiran mama pada 6 Ogos lalu sekurang-kurangkan dapat mengembirakan mama...Mama kata rasa tak seronok nak celebrate abah dah takde..Kami cuma makan ikan bakar di Kuala Perlis.Walaupun letih perjalanan 5 - 6 jam..tapi hati tetap bahagia kerana dapat mengembirakan orang lain...

Monday, February 28, 2011

Nilai-nilai positif

Setiap pagi kalau naik kereta sebelum 7:30am, aku tak akan miss motivasi pagi di IKIM..banyak pelajaran yang di perolehi di situ..Sejak khamis lepas motivator baru tapi kali ni aku tak tangkap lak apa nama dia..tapi slot pagi nihhh mmg menarik perhatian aku..tajuknya aku tak pasti (berangan sambil bawa keta cam tuhh lah lagipun dok sibukk suruh tfa menghafal surah al a'laa). Apa yang aku dapat tangkap nilai-nilai positif yang nak diterapkan pada anak..Motivator tuh kata "Cuba elakkan kata-kata negetif dipenghujung kata, atau ayat. Anak-anak selalu tangkap yang hujung contohnya emak akan jadi mak...ayah..akan jadi yah..So elakkan guna kah? seeloknya guna kan.. (dengan nada yang rendah)...beliau juga menyarankan tidak menggunakan perkataan ke? begituke?contohnya....ini kerana ke? menyebabkan org/anak2 tak pasti dengan jawapan yang akan diberi...

Renung2 dan selamat beramal...opssst tuhh tagline lecturer aku dulu..Prof Izzi :)

Thursday, February 24, 2011

Welcome back..

Fuyooooo...lama ooooo..mau bersawang dah aku nya blog nih...komen ita ari tuhhh bila la ko nak update blog asik buka nampak cerita cendol je..Kakakakaka..Sebenarnya aku nak umumkan ..Internet kat rumah kena cantas daaaa...nampak sangat tak dak masa kat rumah nak bertenet2 nih...Lagipun bukan keperluan sangatlah..kehendak aje..so aku pejam mata jerrr...Seksa gak batin nihhh rasa cam "frog under coconut shell"..nasib baik la baca paper...

Aku nak ucapan terima kasih kepada kengkawan yang datang melawat aku sebenarnya lebih nak melawat baby je aku rasakan....I love u all ahaaaaaaaaaaakkkkkk...coooooppp..tu org yang dtg melawat kat umah..ada gak kengkawan yang jumpa kat tempat lain hehehehe...

Asyraf & Abang Daham
Dua orang nih ada serupa kah?

Aku post gambaq Asyraf Huzaifah B. Abu @Hasrul Nazri..tagline dia abu junior..ramai kata muka hubby dah sah anak dia...

Tuesday, October 19, 2010

cuti sakit

Mmg tahun ni catat sejarah mungkin tahun yang paling banyak aku dpat surat sakit..kemarin sesaja terfikir nak masuk HRMIS nak apply cuti rehat dalam kesempatan tuhh terpandang cuti sakit..cuti sakit kerajaan =3hari baki =97 hari ye ke..tak berapa nak perasan la plak..manakala cuti swasta=6hari, baki =9hari...

Semalam aku tambah lagi satu hari cuti sakit swasta so menjadi 7..mmg tak dapat elak..ni mau penuh cuti sakit swasta nihh sehingga aku bersalin..Semoga dipermudah semuanya..Amin

Thursday, October 14, 2010

Hemoroid lumrah ibu hamil

Kandungan dah masuk 32 minggu so bersamaan ngan 8 bulan..Semenjak seminggu lalu memang tak selesa sungguh..Selesa yang contribute to sakit tu yang aku tak tahan..mulanya aku cuba apply minyak gamat je..hilang tu tak tapi rasa sakit hilang..betapa mujaratnya Minyak Gamat Husin Ali made in Langkawi gitu..(recommended utk ada di rumah, siap promote gitu)

Minggu ni aku mmg tak keruan asalnya niat nak amik cuti lepas konvo tapi memandangkan kerja pejabat yang tak mengizinkan aku berbuat begitu..besar tanggungjawab aku rasa..rela ku korbankan dalam menyahut aku bukan makan gaji buta..ehhh ni dah melalut emosi ke lain lak...

Susah berurusan dengan org  pangkat tinggi nihh ..lain yang dirancang lain lak jadinya..apa yang tak dirancang tu lak jadinya...paling aku tak faham masing2 buat faham2 sendiri pelek betullah..Patutla kadang tu amik pendirian tak yah dok rancang biar masa yang menentukan..selesai gak ptg rabu tuh..tapi aku rasa makin berat bila berjalan dan betapa tidak selesanya..

Next appointment 14/10/2010..mmg kena masanya..tapi memanjang jumpa dr ja ada la sumthing wrong..Buasir atau hemoroid boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada lelaki atau wanita tetapi risiko ibu hamil lebih besar berikutan faktor tambahan iaitu tekanan janin terhadap saluran vena (darah). Hem dr kata normal lagi ari tuh gatalpun dia kata normal..So aku admit je..memandangkan sejarah lepas deliver TFa aku kena lepas bersalin mungkin teknik meneran tu tak betul..lepas tuh ok setelah makan jamu lepas bersalin..Masa adham mmg takde langsung..mmg good boy betullah dia..moga berpanjangan sampai bila2. Aku ada surf info pasal nihh.."Bukan semua wanita hamil akan mengalami hemoroid, ia bergantung kepada pemilihan makanan, gaya hidup, baka dan sebagainya. Namun dalam sesetengah kes, masih ada ibu yang di-serang buasir walaupun corak pemakanannya seimbang." Aku setuju..kali nihh aku mmg jaga pemakanan betul coz takut baby besar..dalam dok jaga tuhhh la ada ujianNya...Dr dah kasik ubat untuk masukkan dlam b**t*t..dan krim utk sapu..so lega sikit..

Habis satu cerita buka cerita lain lak..Baby still kepala di atas sebelah kanan..Dr Mashitah mmg friendly siap dok cakp2 ngan baby nape tak nak pusing..rupanya dia terbelit ngan tali pusat...patut dia tak pusing katanya..ini dah minggu 32 dah nihh ..suspen dah jadinya..aku tanya nak buat cam mana dr? DOA tu je...moga dia terlepas tali pusat then dia bleh pusing...Allah yang menentukan segalanya walaupun anak di dalam rahim ibu..Nasihat SIL (Dr Hafizah)..Tgu sampai 36wks kalau x pusing maybe kena caesar..Tak nak!

Friday, October 8, 2010

Inai merah dijari

Ni satu hobi TFa yang bukan peturun aku..pakai INAI..belumpun syawal habis dia dah 3 kali dah pakai inai...Tapi mak aku ngan MIL mmg suka pakai inai..mana tak tumpah kuah kalau tak ke cucu hehehehe...mak tokpun suka layan dia tolong letakkan..lepas siap cucu mesti turn mak tok sekali yang letak..yang aku heran aku tak pernahpun tolong letakkan utk dia..Seingat akulah..mak chaq dia, mak tok dia..tok dia..abang nizar dia(sepupu lelakipun ada dlm senarai)..so kesimpulannya mmg dia sukalah..Ingat aku pada Rosfazila kawan aku skolah rendah..dulu mmg jari dia sentiasa merah...so sekarang kenan anak dara aku lak..Al kisah nak melayan dia pakai inai di musim perayaan nihh menapaklah kami kat Jln Masjid India..punya nak layan dia nak pakai inai...Kakak..kakak..

Event nih last year aku rasa, mama tak ikutpun pi Karnival NAZA ngan baba..balik tangan dah ada butterfly

penuh khusyuk tuhh nak tunggu hasilnya..
pastu dia sukalah kalau leh explore yang mcm nih..

Last weekend mamandangkan jalan raya sesak berebut ngan org pegi open house, so kami decide naik ketapi je..they excited habis

Turun je Putra..1st shop terus aku ajak hubby singgah tak kiralah kedai apapun..

Ini hasilnya..melayang duit raya dia RM10..tapi bab ni dia ok aje..

So apa lagilah hobi kakak yang lainnn?*&%#@...

Thursday, September 2, 2010

kurang protein..

Lately aku rasa berat badan naik coz bila jalan sket ja rasa cam kaki cramp...tapi semalam checkup berat badan still sama 56kg..ish isssh beratnya aku..dr kata dun't worry tuh berat baby je...Bukan nak merugut tapi pregnant kali ni banyak dugaannya sikit berbanding kakak ngan abangnya sebelum nih...

Start ngan bleeding, demam-demam sehingga di suspectnya aku nih denggi...pass tu pulak kegatalan yang tahap gaban rupanya allergic ngan coco butter rupanya(dah cam dayang senandung jadinya, masa pregnant org jumpa gyne aku dermatologistpun aku sauk sekali), sakit pinggang siap panggil bidan urut, tu pun tak hilang...ujian darah tak yah kata la setiap bulan kena buat, nak tengok gula, liver la, eczema la....drp result tuhh...bulan lepas dr kata hemoglobin dan zat besi rendah sikit, disuruhnya aku makan sayur hijau(mana nak lalu sayur time puasa ni dr :))...

Semalam checkup result ari tuh dr kata kurang protein plak (siap gelak kata kat aku biasanya orang kebuluran ja protein kurang) adoi kena sekali ngan dr...mmg ada allergic gatal2 katanya sebab hati ke apa tah aku tak ingat...tapi dr kata tak serius...tahap kebuluran tak kritikal mana pun.So kna byk makan ikan, ayam, daging lak..Scan baby dr kata baby beso drp yang sepatutnya aku dah suspen (agak aku tu yang dok rasa berat semacam je) tapi belum sampai 1 kg..Dr pesan jgn minum ais..katanyanya ais boleh menjadi faktor baby beso(mana tahan iman tak minum air ais bulan puasa), aku tak tahu ada ke kajian ais tuh contribute baby beso..kurang arif aku bab2 nih..so kna nekad minum air kosong suhu bilik je...buka puasa aku hentam lak minum air gas lagi haru..tapi sahur tadi aku insaf so kna mula minum air kosong yang bukan sejuk.......u can u do it

Thursday, July 29, 2010

Mak

Kring..kring..Calling from Noriza Kassim...
Nape lak kakak aku call nih time-time keje nih, terus aku angkat...
Aku tak pasti panggilan tipon dia tuh utk bertanyakan aku soalan ke atau nak aku selesaikan masalah ke ape?Ceritanya begini.. dia dah tersalah beli insulin utk mak, bila pegi tukar farmasi tu reject lak...so dia tipon aku nak buat cam mana? mak aiiii, kalaulah aku nih 10 atau 20 km aje drp kampung mau aku start keta terus pi tengok apa halnya ..

Mak aku dah mula amik insulin sejak May lepas, kata doktor tu dah last resort coz dia punya ubat dah tak lut..so aku agree aje memandangkan mereka lebih arif..mak kena ada assistant utk dia cucuk insulin dia, so far cucu yang tolong monitor. Actually berat hati nak lepaskan budak2 tolong tengok mak tapi nak buat cam mana?anak2 penuh komitmen business sini sana..aku willing jaga mak..tapi hakikat yg aku kna terima mana ada mak yang mahu tinggalkan rumah sendiri dan rela tinggal ngan anak-anak..Aku mahu sangat jaga mak, kalau boleh nak balas jasa dia pelihara dan didik aku semenjak aku kecil lagi tapi itulah cuma doa yang tak putus2 utk mak dan ayah aku...Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosaku, dosa dua ibu bapaku. Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik aku sejak dari kecil lagi, Amin.

Bila kakak aku call aku baru teringat bila agaknya ubat mak yang perlu aku amik, klau insulin dah habis maknanya ubat2 dah nak habis dan perlu diambil drp IJN, terus aku call rumah bertanyakan maid bila tarikhnya rupanya 30 Julai 2010. Careless betul, aku cuba ingat nak amik ubat abang a.k.a Hj Naserun je ari Isnin..terus aku call IJN, so that aku nak amik sekali ubat utk kedua-duanya..So tengahari ni tak de la Alamanda ke apa arinih satu ja tujunya ke IJN masa lunch time, moga masa 2 1/2 jam cukup aku berlari pergi balik dengan kuda hitam...Kudaku lari gagah berani hehehe

Monday, June 28, 2010

Kakak oo kakak...

Ingat lagi tak entry aku awal2 tahun lalu pasal kakak a.k.a Aatiffah Huriyyah kena "pow" dengan kawan..Itu bahasa kasar la kena "pow" tapi aku cakap ngan dia kawan amik duit dia aje..pemurah anak aku rupanya..Cerita yang sama acik kongsi.. anak diapun sama kat sekolah kebangsaan. Lama kelamaan depapun dah pandai fikir kalau kawan minta duit lagi macam mana nak "handle"...pengalaman mengajar seseorang..

Kejadian semalam...
Mama: "Ada goreng pisang satu ngan kuih mama beli, makan la"
TFa: "Manis la kuih ni mama"
Mama: "Napa nanti lapar sangat nihh?, duit beli apa tadi kat kantin?"
Tfa: "Beli keropok leko 1"
Mama: "Kenapa 1 je, berapa sen?"
Tfa: " 20 sen, pastu makcik kantin kasik 20 sen balik"
Mama: "Kakak kasik brapa?"
Tfa: "Seringgit"
Mama: "Kenapa tak minta balance?"
Tfa: "Makcik kantin kasik balik 20 sen"
Mama: "Tu tak betul tuh, patutnya makcik kantin kasik balik 80 sen, 50 sen lagi"
Tfa: "Beli air.."
Mama: "Kakak tahu kirakan seringgit tolak 20 sen baki patutnya dapat balik 80 sen"
Tfa:.....diam je
Mama: "Lain kali kakak kena cakap kalau mak cik kantin tuh tak betul, kakak kan dah pandai kira"


Moral of the story:
  • Kena terap anak keyakinan diri berani cakap benda yang benar
  • Jangan biarkan orang tipu kita
  • Bekalkan anak ke sekolah..ni harap kat maid at last tinggal air kosong je sebotol
  • Sediakan syiling secukupya..berat plak poket anak tuh bawa syiling semuanya....
Tip hari ni..
Berapa jumlah syiling di atas??suruh anak kira duit tabung heheh

Tuesday, June 8, 2010

sakit sakit sakit..

Elok2 ja aku lunch ngan Effa habis cerita ini inu balik2  opis dia mula dah mai seram sejuk balik akupun  pelik nape jadi gitu tapi aku lawan jugak cuba review dokumen yang patutnya aku settle. Sampai kul 4 tak leh jadi kena bagi tau hubby dia sms suruh balik je..aku kata tak pe tunggu semayang asar lepas semayang ok kot...Alhamdullillah aku bleh bertahan sampai kul 5.30 ptg bunyi je aku terus terpa pintu..Hujan dah mula renyai makin jauh makin lebat..dalam hati aku beristiqfar panjang..udah la mata aku 2 atau 3 hari dok kejip2 sebelah kiri...jangan ditimpa musibah lagi pada diri aku dan keluarga....Effa kata nak jumpa org aku mengiya ja la...

Aku sampai rumah tengok MIL dok pandang ja kluar rumah agaknya bosan kot tidakpun dok risau anak yang sarat mengandung tak balik2 daripada kerja..(kalau akupun risau gak dalam keadaan sarat mengandung drive keta jauh, nak buat genna kan tuh dah panggilan kerja sekarang) tanpa sepatah apa aku terus naik atas memang nak tercabut kepala nihh rasa masa dalam keta sebelah leher cam rasa kena attack sumthing..macam2 tapi aku pujuk hati early stage sama hehehehe...tapi yang 2 sebelum nihhh tak la melarat macam nihh...

Sempat salin baju terus bantal jadi mangsa lepas tuh aku hanyut cuma kekadang batuk menggangu sampai aku ke bangun ke tandas..batuk je mmg rasa terk***l serius aku rasa..berapa kali aku dengar pintu bilik di ketuk oleh maid..ni mesti kes nak kasik ubat..hubby mesti call dia suruh buat milo...maghrib hubby balik baru aku makan ubat..dia paksa makan mee....sian plak MIL yang penat masak..biasanya kalau ada MIL aku sedaya upaya served yang terbaik utk dia..tapi kali nih aku surrender..3 pagi baru aku rasa badan segar sikit siap bangun basuh badan dan semayang...Hubby kata pepagi kena amik darah lagi demampun cam cip more jadinya..sebelah pagi aku rasa selesa sedikit tapi kami ke klinik kita je memandang kalau gi pusat kesihatan balik aku sakit lagi so decide ke klinik kita je...dr kata mmg demam lagi cuma tak tinggi tekak merah lagi mungkin sebab aku batuk yang tak henti..dr amikkan darah dia kata perlu monitor sampai platlet naik sehingga 200 ++ utk org normal aku akur ja..dr kasik mc lagi aku dah naik malu asik mc je..mulanya aku minta time off saja dr prefer rehat lagi..kalau kluar rumah lagi expose dengan macam 2 H1N1 la..pregnant lagi tendency katanya..so aku akur ja...balik rumah layan sembang ngan MIL je..tengok hubby lak cam dah kelepet sahih esok jangkit kat dia plak dah mula isap strepsil ja aku tengok cakap pun kurang (tu tanda2 hubby tak sihat).

Hari ni kejut hubby keja mmg sah..tak leh bangun dah..berpeluh dia.. badan dah suam2 katanya sakit badan aku bangun terus buatkan milo amik ubat..sempat buat bubur nasi dekat dia..nak emergency tempat baru tak tahu nak kabo sape bospun tak de..so aku minta izin hubby dtang jugak opis...Moga cepat sembuh semalam dia emergency temankan aku kat rumah ari nihh aku lak tak leh temankan dia kat rumah..Susahnya karrier women kan..kalau time aku blaja tak denya cuti mmg kat rumah je...masa yang tak bisa di ulang....Lepasnya jangan pergi ke kakak pulak sudah..anak sakit lagi aku susah hati...

Friday, April 2, 2010

Mampukah aku

Tak kena jugakkan aku gaya... kalau gini.. Hari ni ari ke2 aku buat kelas KAFA untuk TFa dirumah. "KAFA versi ustazah Noorizam" kata baba, ape je la..takut2 klau dia tertinggal, dalam pada tuhh dok hitung jugak cam mana klau dah naik keje nanti mampukah maid aku dilantik sebagai facilitator baru dia...fuhh besar pangkat maid tuhh kalau kasik dia..mau dapat extra income dia nihhh...so far memang nampak dia bleh la temankan dan tengokkan anak2 aku buat homework, infact time aku uzurkan dia yang ajar ngaji... 


Dalam 2 hari nih everything look fine, aku ikut ja jadual KAFA tu so ari ni kelas hafazan, tauhid ngan jawi...hafazan aku suruh dia ngafal "tabbat" coz semalam dia kata masa ngaji ustaz suruh hafal..3 Qul dah lepas..tapi tak sepenuhnya lagi dia bleh hafal..at least dia dah familiar ngan surah tu bila time up...moga malam ni tak de la gagap2. masa ke2  blajar tauhid...rukun iman 6 perkara...yang ini..mulanya aku terus kasik dia exercise dlm buku tapi dia kata tak tahu...bila tanya tahu plak dia rukun iman...adoiii dugaan btul ajar anak sendiri nihh...so bila ngaja ni aku refresh balikk masa aku blajar agama sesi ptg..ngan ustaz saad..dulu aku pandai tajwid, tauhid, fekah mmg confirm markah 100. Tapi yang musykil tuh tajwid perfect bab baca al-quran dulu mmg tak lancar..nape tak dak chemistry ngan tajwid yang aku jawab peksa tuhh ye.....ahhh abaikan lah cumanya sekarang TFa kalau pandai tajwid mesti apply dlm baca Al-Quran..itu nekad aku...banyak azam aku tahun nihh...dah bulan aprilpun ada azam baru...

Tiap hari aku belek buku kakak..ada yang dapat A, yang B pun apa kurangnya....aku kagum gak dia cepat tulis jawi tu sebab 2 tahun dia kat Pra-KAFA JJ...dalam aku tak puas hati kakak blaja situ at least lepas la dia tulis ngan membaca jawi..Al-hamdullilah..


Ni tulisan kakak :-D

yang ni paling best, aku rasa nih buku "jim" maksudnya jawi lah tu...kalau diperhati disitu ustazah suruh uraikan perkataan kepada huruf-huruf...tiada masalah di situ perfect ! tapi yang kat bawah lukisan tuhhh apa kaitannya akupun tak tahu...I was thinking why dia tak lukis perkataan yang kat atas; rusa, bola...ishhh byk sungguh spekulasi mak dia nihhh....but she love drawing, bayangkan setiap page dia akan draw dan kaler...aku rasalah kan punya lah banyak masa lebihh, lepas tulis tuhhh...so sessi kreativiti masing2 ;)
yang nih plak...ayam betina kah kah nak gelakpunn ada bila tengok, kurus je ayam tuh gamaknya lepas bertelur hehehe...tak baik gelakkan anak tau ..tapi aku maintain ja depan kakak ...jangan tak tahu semut dalam kasut...macam2 lah..so semalam time jawi aku tak tahu..nak suruh tulis apa?tulis apa yang mama buat:
"Mama sedang masak di dapur"
"Hari ini mama masak soto ayam"  bleh ka?

So sekarang ni aku kena tanam azam utk ajar anak sendiri, aku berdoa moga aku tak akan ada rasa jemu dalam mengajar anak-anak...perlu garang ke? tegas je kot aku rasa...so mampukah aku???????????????

Wednesday, February 24, 2010

Tipah Pupiyyah..


Event ni dah lama cuma mama je tak sempat nak post special dedication on Feb 13..Dah besar anak mama 7 years old dah...Moga jadi anak solehah..besar harapan mama untuk kakak...

Saturday, January 23, 2010

Lesson learn

Gara2 nak cuti skolah panjang sempena raya cina so banyak sekolah yang dah mula ganti skolah. Semalam skolah TFa pun ganti persekolahan since depa mungkin nak tambah satu hari lagi cuti iaitu hari rabu lepas raya cina.

Macam biasa mama yang kemaskan buku kakak nak gi skolah, aku sempat lagi tengok semula surat yang cikgu bagi utk skolah ganti tuh, dalam pada tu baru perasan ganti persekolahan hari rabu, that's why ju kata hari rabu...
Hari rabu kakak ada pj... terus aku paksa suruh kakak pakai baju pj..walaupun dia cam keberatan..aku tau dah alasan dia..ada bilik persalinan la mama..aku paksa jugak...hari ni baba anto mama malas la...baba dah start keta..dompet kakak plak tak tau kat mama...mama dah geram dah coz kakak slalu tak take care brg...banyak yang kakak tak take serious..pencil box pun dah kosong cuma ade pencil sebatg je, easer, ruler, gam, pen entah ke mana dah hemmm kakak2...tak pa tiap2 hari kena pesan2, pesan..pesan moga nanti terlekatkan jugak kat dia...jaga barang...jaga barang...

Lepas kakak gi skolah aku layan tv aje..actually upacara pemakaman sultan johor...layan plak aku..takpe memang digalakan menziarahi orang mati dan sakit supaya kita lebih ingat kepada kematian..aduh takutnya bekalanpun masih kurang :( kira ziarah gak walaupun negok tv je...

Layan punya layan sampai aku tido depan tv, hubby nak gi airport nak jumpa jiran FIL gi Dubai...anak abah...aku memang set kul 5:30 ptg bangun coz nak semayang then siap nak amik kakak, memang dah tau time balik kul 6:30 ptg at least ample time utk aku siap smua...lepas semayang aku suruh adham mandi nak bawa dia saje bleh singgah mana2 pekena abc ke, ade aje agenda mama..Hari ni elispun ikut sama, saja nak tunjukkan skolah TFa, blumpun sempat aku kluar dkt guard... tipon bunyi musyhkil gak no area kajang yang naik..aku angkat rupanya kakak tipon. "MAMA kenapa lambat.." dalam pada tu dah mula nangis.."Kakak jgn nangis kenapa?tunggu mama, jangan kluar skolah, jgn ikut sape2 tunggu dekat post guard tu"..rupanya dia balik awal kul 5:30 ptg dah balik...aku gabra jugak dalam hati siap doa jangan lah jadi apa2 kat anak aku...keta kelisa pun rasa cam slow je nak sampai skolah kakak..aku sampai je kakak terus nangis..sorry sayang..Mama tak tahu kakak balik awal hampir sejam jugak kakak tunggu..dia kata salah dia jugak tak ckp ngan mama cikgu dah bagitau balik kul 5:30 ptg..actually mamapun careless gak tak baca betul2 surat tuh..sorry kakak..aku tahu kakak panik katanya hari dah gelap nak hujan sian dia...pengalaman anak sulung skolah cam tuhh la..Lesson learn utk aku utk lebih ingat pada masa depan...

Tuesday, January 5, 2010

Sikit2 lama-lama jadi bukit

Hari ni hari ke 3 dah tfa skolah, Baba dah masuk keja so tinggal mama la yang anto dan amik, pepagi lagi aku dah bawa dia naik moto, pagi ok tak panas amik drp kafapun aku hentam jemput ngan motor gak...panas beb dahhh kepala aku plak mula denyut2 dah..ni jawabnya pengsan lagila aku ptg nihh..bila nak gi skolah kebangsaan, honda la jawabnya tak sanggup aku dengan panas yang ditambah dgn debu, di darab plak banyak lori..tak sanggup den sampai kat traffic light shell, tengok plak ada motor tersadai dek kerna accident..aaiikk tadi aku lalu takdepunn..ni yang buat aku tak nak naik moto nih...Itu ceta sampingan je..

Ceta sebenarnya alkisah seorang princess Aatiffah Huriyyah dengan kehidupan barunya dunia persekolahan. Aku daftar Tfa dekat KAFA Taman Jasmin jugak so bagi aku senang since sek kebangsaan pun kat situ. Actually bukan itu alasan utama sebenarnya aku dah survey banyak skolah environment skolah tuh quite well kalau banding KAFA Asa Jaya, KAFA JJ dan lagi2 dalam pada itu aku dah congak2 dah risiko skolah kat situ..mana plak aku nak cari van skolah nihh kalau ade pun mau mahal nih fuhhhh menghitung2 aku..Aku ada tanya uncle van tfa jawapan dia sama tanya bos..eee malas aku nak call fairoz lagi tunggu lah..so aku decide amik dan anto dia selagi aku cuti nih akan ku adjust mana yang patut.

First day hantar KAFA tak de la sampai dalam kelas kang ustazah kata mama dia yang over plak, aku malu gak tengok bila parent dok tunggu anak sampai tak gerak2..hubby memang tak suka so aku pandang dari jauh ja..dalam 5 minit aku bleh..tapi sempat patah balik cari toilet nak tengok gak toilet KAFA cam mana? boleh la cuma tak leh nak kunci patut tfa kata gi toilet ngan kawan. Balik aku jemput TFa dekat kelas, dia kata ustazah tak kasik buat apapun cuma suruh duduk diam2 tak boleh bising. I know my girl diam lah dia..dan memang pendiam pun..dia kata ada kawan nama TSha..aikk kebetulan lak cam iras2 nama Esya..what ever lahhh cuma tak sedap dengarnya TSha sudah minta duit 20 sen drp tfa..aikkk kenapa plak jadi cam tuh..Tsha nak beli air..Tsha bawa seringgit tak cukup duit nak beli air lagi 20 sen. Tfa bawa 50 sen je pegi KAFA memang aku bawa bekalkan dia ..air bekalkan air kosong tapi dia memang kurang minum air kosong suhu bilik anak babalah katakan minum air sejuk peti ais je...tu yang buat dia beli air kat skolah..ceta Tsha tadi dia bawa seringgit tapi masih minta 20 sen kat Tfa..aku nak marahpun tak leh so nasihat ja dia jangan kasik duit dekat kawan kalau dia nak minum, ajak share je minuman yang tfa beli..bleh ke? mesti tak nak nya dia..ok aje dia kalau aku pesan cam tu..petang aku kasik lagi RM 1.50, hari pertama bawa bekal jugak tapi duit gone jugak..nak gelakpun ade..hubby kata tak pe pelan2 kita ajar dia menabung..hubby umpan tfa kalau ada duit lebih lepas skolah bleh beli kek coklat..hari ke2 dia guna 50 sen je tupun beli air jugak..susah kalau memang tak suka minum air kosong yg tak sejuk nihh..tapi ada kemajuan..ari nihh skolah KAFA memang gone lagi 50 sen so tunggu petg..kita lihat sape yang kena.........

Saturday, October 10, 2009

Perginya tak kembali..

Sms abang aku:"Mail anak cu accident, maut"..terseriyat darah aku tengok sms tuh,aku saje lengahkan nak buka sms coz ingatkan sms hubby bagitau on the way balik drp ampang...Terbantut jadinya dalam dok membelek baju kat parkson, sebenarnya tujuan aku ke Metro nak beli mineral for jamuan raya kelas Software Quality tapi merayapnya sampai ke parkson..bila baca ja sms aku main amik je apa yang aku pengang terus ke kaunter bayaran...Serba-serbi tak kena cash tak cukup..debit CIMB not approved...utk bayar guna kredit card jauh sekali mau aku letak balik apa yang aku amik, nasib baik maybank debit ok...

Lepas tu Sms drp Harishon(cousin aku):"Al-fatihah tuk adik Ismail Hashim", menitis air mata aku..menahan sebak, terus call Shon..nada masih sedu2 katanya nak balik malam ni ke Langkawi sebab nak dikebumikan esok pagi..Cerita sebenar diapun tak tahu..accident motor on the way ke tempat kerja...ketentuanNya...itu penyudah bagi sepupu aku..Ismail Hashim.

Aku tak balik ziarah memandang kelas sampai isnin cuma dah banyak kali aku sedekahkan Al-Fatihah utk dia..Bagaimana ngan Cu aku, moga dia boleh terima...Al-Fatihah.