Sayu tinggalkan mak minggu lepas..kalau dengan mak mmg aku kalah..air mata berjurai-jurai..makpun sama walaupun masa tu keadaan dia antara sedar atau tak (baru jap ubat tahan sakit)..Ya Allah kuatlah iman mak untuk menerima ujian kesakitan ini...
Jumaat lepas mak dipindah ke wad kelas 3 kerana mengalami sesak nafas dan keadaan jantung yang tidak stabil..kakak sms bagi tau mak asik sebut nama aku..itu yang aku tak tahan...aku di rumah mentua untuk majlis tahlil arwah abah..mcm2 aku fikir....Asyraf pulak demam panas..pepagi sabtu kami dah sampai lgkawi keadaan mak agak stabil...Masa utk jaga mak dihospital terbatas memandang sikecik demam panas..Ahad petang dah berangkat balik Semenyih..
Semalam kakak tipon dengan cerianya bagitau mak dah stabil dr dah pindahkan semula ke wad kelas 1 dan hari ini mak patutnya masuk OT semula utk tutupkan kaki mak yang dioperate...
Hari ini mak demam, gula dalam darah rendah...Ya ALLAH kepadaMu aku berserah segalanya...Moga dipermudahkan...
No comments:
Post a Comment