Thursday, July 31, 2008

Birthday ke 48

Hari ni, 31 Julai merupakan besday abang aku yang ke 48..huyo kalau nak ikutkan beza umur aku dngan dia tu.. 17 tahun tu..Walaupun abang aku tak tahu kewujudan blog ini tapi entry aku kali memang special utk dia ...banyak pengalaman manis dan pahit aku ngan dia....



Paling aku tak tahan dengar..."Adik kesayangan", selalu kakak-kakak aku kata cam tu kononnya aku soranglah adik kesayangan... habis! abang aku nan sorang ni...What ever is suka hati depa la nak kata apa..for me adik bongsu biasalah kan deserve it khik...khikk......sape lagi anak bongsu tanya tengok? Bagi aku abang ke kakak ka, aku treat sama ja...semua darah daging aku...kalau bleh, aku nak depa happy dengan aku.



Kenangan manis aku dengan abang N opss tak lehh letak N coz kami 6 beradik semua nama start dengan N...aku tak dapat bayangkan cam mana la mak dan ayah aku bleh letak semua nama kami start dengan N, tak pasti kebetulan atau memang dirancang kwang-kwang...



Aku nak share sket beberapa kenangan aku dengan abang, yang aku tak leh lupa tragedi tolak motor dalam banjir...ini cerita masa aku dibangku sekolah rendah lagi, masa tu abang aku keje dekat negeri yang paling kecik kat Malaysia nih. Seperti kebiasaan keluarga yang merancang perbelanjaan isi rumah dgn efektif, aku rasa abang akupun mengambil inisiatif mendapatkan bahan mentah makanan yang murah dan dalam kuantiti yang bleh menampung jangka masa tertentu...satu hari, aku diajaknya untuk mendapatkan bahan mentah dengan menaiki motorsikal...perjalanan pergi memang perfect ...tak de masalah tup-tup masa perjalanan balik yang tadinya kering kontang tup-tup banjir plak...apa kes ni?Bayangkan motor bila masuk banjir jawapnya exhaust honda cup sekali dalam banjir apalagi tersemput-semput la...akulah mangsa menolak motor dalam banjir.....udah la saiznya kecil je(masa tu lahye) nak tolak motor yang penuh sarat dgn muatan...aku plak asik dok gelllak aja sebab motor terkentuk-kentuk..kha kha kha..aku rasa kenangan itu memang indah sungguh untuk aku kenang selamanya.....



Dan ceta lagi...

Mr A:"Pasai apa yang hang tak beli keta kat adik hang, sian dia dah la pompuan nak kena naik moto"...

Abang aku: "Hem...aku kenai la adik aku, klau beli keta langkah dia lagi panjang silap2 sampai kampung, ni motor pun aku rasa bukan sekadar s.alam tapi kololumpo pun sampai ni aku rasa".



Realitinya memang betullah cakap dia dengan BDP2382 tulah aku merayap bila time free drp kuliah pi tengok wayang kat Bukit Raja, nun kadang tuh sampai Summit, USJ lagi huyo betapa dahsatnya aku ni...Depa semua kata aku nih berani..mungkin ya kot mak memang trained aku jadi berani..zaman sekolah menengah dah naik motor gi sekolah. Maka tak hairanlah masuk universiti kat s.alam, artispun cakap aku ngan geng aku minah rempit...ingat lagi...aku, s- ngan sy--ee mesti tak leh lupa title tuh..kenangan betul...Ishh banyaknya kenangan........


Sekarang bila abang aku semakin meningkat usia..macam-macam penyakit aku dengar walaupun dia tak pernah bagitau kami adik beradik apa sebenar penyakit dia......Abang.. mungkin itu satu cara ujian Allah untuk hang. Kita sebagai hambaNya kena ikhtiar untuk menerima ujian itu...semua penyakit ada penawar kecuali mati.. tapi aku tengok dia rileks aje terus tak nak jumpa Dr..ada satu ketika tu sampai aku terfikir nak temankan dia jumpa Dr cumanya tak terkeluar daripada mulut aku aja..aku memang concern sangat pasal family aku..yang paling aku takut bila dengar ada sedara yang sakit.NAU'ZUBILLAH.. Ya ALLAH Ya TUHANku KAU JAUHI SEBARANG PENYAKIT daripada keluargaku AMIN.

Sunday, July 27, 2008

My1stwardrobe.blogspot.com

Walaupun graduan Degree in IT and infact now doing Master in Comp. Science reality nya aku tak pernah apply ilmu IT yang aku ada kwang-kwang…

First time aku shopping di internet walaupun ramai kawan-kawan aku dah biasa.. bab nih aku memang kuno sket..a bit worry…bukan ape..Whether butik yang aku beli tu exist ke tak?..Ina yang rekomen kat aku, dia sokmo shopping baju anak dia kat sini…

After intai my1stwardrobe.blogspot.com I’m decided to buy Levis jeans utk tfa..hoppefully dia suka..bagi aku rega dia reasonable gak la compare a few site yang menawarkan bisnes yang sama rega mak ooi ! (kononnya branded la). Lama gak nak decide tu pun…tapi bila pikio raye pun nak dekat why not I try…moga cantiklah kalau tak jawabnya pertama dan terakhirla aku shopping kat internet nihh…..Aku bab ni No 1 Cuma lately kureng sket memandangkan komitmen yang tak mengizinkan(lagipun minyak dah naik beb!).

So now I have to ukur waist tfa dan tinggi dia (dulu kecik dan pendek anak aku nih la ni aku nampak panjang gak dia nih)…tape ukur pun tak de! guanno nih…

Tuesday, July 15, 2008

Adham maafkan Mama..

Hari ni aku terasa betul..Macam manalah aku boleh marah adham sampai dia merajuk benar dengan aku…Cetanya: dah seminggu rutin aku pagi je I will spent time with my kids.. bila petang 2.30 pm tfa pegi KAFA time for me buat keje skolah…Log in internet google apa yang patut?? Petang nihh lain plak cetanya…

Adham : “Mama, jom main ball”
Aku : “Adham tido kay mama nak buat keje skolah nih”
Adham : “Nak main ball”
Aku : “Adham turun main dengan Kak rip, suka lah dia tuh dok tengok ceta indon tuh”
Adham: “Nak main ball”
Aku : “Eeee geramnye…..

Terus dia menangis dengan muka sebek habis.. aku paling tak tahan bila tengok anak nangis cam tuh.. tapi buat kering aje coz geram kat maid senang hati je dok tengok senetron. Yang aku heran apa yang dibacanya dekat Adham pun tak tau time dengan aku jgn dok alih channel yang dia tau..mama 611..mama 611.. habis ceta adi dan ayah aku khatam hik hik….

So malam nih hubby still away, outstation ..Bila saja melihat anak-anakku, besar dah rupanya mereka…Rindu rasanya plak untuk masa-masa anakku membesar… the best thing yang aku suka buat bila bosan-bosan adalah tengok semula gambar anak-anakku membesar…Bagi aku mereka adalah anugerah yang paling besar untuk aku dan bekalan aku kemudian hari…moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah…AMIN

Post Graduate Student…

==================================================================== =============
Al-Imam Ibnu Abdul Barri meriwayatkan daripada Abu Ghassan, katanya: "Kamu sentiasa menjadi alim selagi mana kamu tetap menuntut ilmu, apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah menjadi jahil."
======================================================================================
Rasa cam tak caya pulak rupanya aku dah bergelar post graduate student. Masih tergiang-giang lagi ditelingaku.. “Do you think this is the way u can go out from JPN”…wat saspen je bila interviewer tanya cam tuh? Tapi dgn jawapan yang konfiden “Nolah…I think this is the right time for me to further my study”. Persoalan: Adakah aku benar-benar jujur? Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat..

Seminggu sebelum Julai 2,2007. Norul call aku ajak pegi JPA amik surat naik pangkat. Excited giler, memang tak terfikir aku nak naik pangkatpun sebelum tuh (commitednya F41)…dan paling aku tak terfikir kat mana aku selepas nih?? JPN@#&*????Bila dapat surat…apa jadi? Akulah org paling sedih(bukan lakonan yang dibuat-buat siap menangis lagi..first time aku menangis frust coz still kat JPN.why??). Walaupun aku try appeal JPA tp bo layan..siap dengar kutbah lagi… “U patut bersyukur orang nak u kat situ..kalau orang tak suka u, entah mana-mana u dilempar” tp still tak menaikkan semangatku langsung. Nak dijadikan ceta…kebetulan Hadiah Latihan Persekutuan still valid for applications.. Norullah the one yang suggest aku apply katanya Kak Sitipun advise cam tuh. Tu je cara yang nampak.. One month later, another suprize
#$@!%...phone call “Puan ada buat HLP?, puan diminta untuk menghadiri temuduga”. Teruknya aku HLPpun aku tak tau ape? Desperate betullah..tapi aku bersyukur Allah permudahkan…aku Berjaya !!!.. so now here I am..UPM.