Kring..kring..Calling from Noriza Kassim...
Nape lak kakak aku call nih time-time keje nih, terus aku angkat...
Aku tak pasti panggilan tipon dia tuh utk bertanyakan aku soalan ke atau nak aku selesaikan masalah ke ape?Ceritanya begini.. dia dah tersalah beli insulin utk mak, bila pegi tukar farmasi tu reject lak...so dia tipon aku nak buat cam mana? mak aiiii, kalaulah aku nih 10 atau 20 km aje drp kampung mau aku start keta terus pi tengok apa halnya ..
Mak aku dah mula amik insulin sejak May lepas, kata doktor tu dah last resort coz dia punya ubat dah tak lut..so aku agree aje memandangkan mereka lebih arif..mak kena ada assistant utk dia cucuk insulin dia, so far cucu yang tolong monitor. Actually berat hati nak lepaskan budak2 tolong tengok mak tapi nak buat cam mana?anak2 penuh komitmen business sini sana..aku willing jaga mak..tapi hakikat yg aku kna terima mana ada mak yang mahu tinggalkan rumah sendiri dan rela tinggal ngan anak-anak..Aku mahu sangat jaga mak, kalau boleh nak balas jasa dia pelihara dan didik aku semenjak aku kecil lagi tapi itulah cuma doa yang tak putus2 utk mak dan ayah aku...Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosaku, dosa dua ibu bapaku. Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik aku sejak dari kecil lagi, Amin.
Bila kakak aku call aku baru teringat bila agaknya ubat mak yang perlu aku amik, klau insulin dah habis maknanya ubat2 dah nak habis dan perlu diambil drp IJN, terus aku call rumah bertanyakan maid bila tarikhnya rupanya 30 Julai 2010. Careless betul, aku cuba ingat nak amik ubat abang a.k.a Hj Naserun je ari Isnin..terus aku call IJN, so that aku nak amik sekali ubat utk kedua-duanya..So tengahari ni tak de la Alamanda ke apa arinih satu ja tujunya ke IJN masa lunch time, moga masa 2 1/2 jam cukup aku berlari pergi balik dengan kuda hitam...Kudaku lari gagah berani hehehe
Thursday, July 29, 2010
Monday, July 26, 2010
Seehnya ku rasa..
Kenapa la ari nih aku rasa tak selesa sangat? mungkin sebab bajukukah? atau mungkin sebab makan ku yang banyakkah?tapi pagi tadi nasi lemak sebungkus je tu standard breakfast aku je...Adoii
Wednesday, July 21, 2010
Bila baba demam..
Baba kalau demam:
- Diam seribu bahasa..(nota kaki: kak lia kata lelaki kalau sakit mmg peel gitu, abang ipar akupun sama ;)
- Kurang makan (baik utk cepat turunkan berat badan nih, kan dlm program diet hehehe)
- Perap dlm bilik @tak suka nak kluar rumah la tuh...
Gini la yang baba susun ubat dia atas meja..
senaraikan ubat...
dah berapa ubat dah tukar...
smua di atas adalah gambar hiasan sahaja bukan gambar sebenar :-D
Ari nih bawa baba ambil darah lagi..so MC lagi gonelah 5 days keje minggu nih..jangan lepas nih pass baton kat anak2 sudah..Mama yang kalut..
Tuesday, July 13, 2010
Bacalah...
Lately aku tak tahu apa progress adham kat skolah...kalau everyday aku tak sempat nak semak buku dia aku akan pastikan weekend wajib kena semak..Daripada pengamatan aku, dia(merujuk kepada suspek):
- Improve a lot in writing...(klau bleh ikut tulisan baba kay cantik, mamanya writing ikut mood, very the tak cantik)
- Dah pandai kira 1 ...puluh-puluh tapi belum tambah tolak lagi rasenye...
- Melukis..bab ni memang ikut skill mama betul, yang keras tangan...
- Vocabulary masih kurang sama ada melayu atau inggeris..
- ..
- ..
- ..
- Baca...ha bab ni yang aku nak ceta panjang...Dulu masa aku cuti, balik skolah je dia akan terus minta nasi dan lepas tuh kami akan buat homework sama-sama..unless kalau dia melarat (buat keje lambat la tuh) maid aku take over coz aku perlu tengok kerja skolah aku plak...itu rutin aku since dia skolah pertengahan tahun lepas..I'm really appreciate time tuh...coz aku bleh tengok sendiri cam mana Adham start from zero drp tak tahu langsung menulis, mewarna dan smua ...Adham tak macam kakak yang dah mula pegang pensil dari umur belum 1 tahun coz dia dulu kat nurseri. Ingat lagi baba ajar kakak pegang daun depan rumah since kakak baby lagi so time Adham lain. Masa dia dengan maid kami..biasalah kalau ngan maid, kita yang kena bagi spec itu ini...kalau tak..tak denye..pun begitu tak leh salah bibik jugak mama dan baba mungkin terlepas pandang ke apa tah, mana silapnya akupun tak tahu.......
Minat Adham untuk membaca tuh nampak kurang..bila aku suruh dia baca je dia dah mula bagi alasan
dah baca la inu ini...aku mula risau..so aku dah mula cari2 mana silap..dan cari-cari info cam mana nak
pupuk minat baca kepada anak-anak..antara tip-tip yang aku dapat:
*Ketika mengandung, ibu digalakkan banyak membaca al-Quran dan berzikir serta diperdengarkan
kepada janin. Nota tambahan: Ini kena really buat utk yang no 3 nihh :)
*Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta
mengeja perkataan yang tertera.
*Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan.
Latihlah mereka membaca dengan bertanya kepada anak anda apa yang tertulis di papan tanda
perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.
*Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan
buku dan mencintai ilmu.
*Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan mereka supaya dapat melakukan aktiviti
tersebut, Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak.
*Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan
untuk anak.
*Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan
hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca
kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat.
*Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.
*Setiap hari, ibu bapa biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku.
*Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak.
*Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak sebagai tanda
sokongan anda kepadanya. Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa
sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.
Tips ini diperolehi drp arkib utusan online Rangsang Minat Membaca
So aku kena tanam azam utk apply tip-tip di atas...LaLa..lala......InsyaAllah, Anyway anak mama memang terbaeeeeeeeeeeeek punya...Amin
Sunday, July 11, 2010
Icity
Event ni actually 2 minggu lepas...aku mmg tak aware kewujudan Icity nihh tapi seingat aku cam dok pernah nampak dah signboard Icity kat S.Alam tuhh tapi bila kewujudannya entah akupunnn tak tau...Dulu masa belajar seingat aku dan hubby ada la sekolah jenis kebangsaan tamil kat situ yang lain tuhh nampak hutan je tapi sekarang...hutan jugak hutan batu...dipenuhi rumah2 dan kedai...Aku purposely sms KR utk join dinner so that bleh tanya dia pasal tempat sekali hamppehhh tak pernah gi katanya sedangkan tinggal kat Sek 7 S.Alam jugak...Tak faham aku....
*: Sila beri tumpuan pada objek yang dipegang Adham
Bila dah sampai TFa dah excited suruh baba parking...aku dah mula fikir, larat ka aku jalan..very the colourful..mana budak tak excited mak budakpun teruja..Alasan KR tak pernah gi tempat ni banyak lampu, terang sangat..mmg yapun...tapi aku rasa cam baru buka ja coz still got construction here and there...ada screen beso mmg sesuai ngan demam world cup nihh...akupun nyempat layan screen tuh sambil tunggu anak2 teruja ngan lastik helikopter *...zaman aku dulu ada gak lastik tapi getah lastik cicak ade la hehehe..
Dalam pengamatan aku menarik jugak tempat nihh..tapi apa yang aku musykilkan signboard luar kawasan..ada logo MSC maknanya MSC area lah tapi lokasi yang dikelilingi oleh rumah-rumah kediaman...Since aku keje kat JPPH nih aku tanya hubby tanah ni status ape ye..perumahan ke industri ke apa? Ahhhh baik pulak aku nak fikir smua tuhh..yang pasti my kids happy dapat lastik tuh..Cam tu la aktiviti hujung minggu kami..jalan2 cari makan dan habis uwang....
Atas pic Adham Harith a.k.a hensem (nama panggilan drp bab since day1) sekarang diapun suka orang snap gambo dia..perasan hensem la tuh ;)
Sunday, July 4, 2010
Report card
Aku cuba ajak hubby gi amik report card kakak tapi reply dia kalau aku tak pergi dia pergi lah.. Jawapan yang aku dah tak tau, salah seorang je jawapnya...So aku nyempat lagi provok dia..mmg ibu alwayz come first..bapa belakang so mama lah jawabnya pegi...
Ni acara penutup..aku mesti cuba nasi lemak favourite kakak boleh dikatakan tiap hari dia makan nasi lemak..ni salah satu present utk kakak sempena good result...mama belanja nasi lemak hahaha...akupun puji so far aku makan nasi lemak kat sekolah mmg sedap walaupun berlaukkan telur yang entah berapa potongnya dan timun sehiris..Terimbau nasi lemak kak jah kat Sek Men Kedawang dulu..pergh mau kepunan anak dalam perut nih kalu dok terbayang sambal kak jah tuhh...
Anyway aku bersyukur walaupun keputusan kakak sedikit menurun at least dia dah cuba yang terbaik..aku selalu pesan dia lepas solat doalah moga kakak dapat 100% dalam exam disamping benda2 yang kakak wish dalam hidup kakak..Mama & Baba sayang kakak..Jadi anak yang solehah ya sayang...
First time amik report card nih (namapun anak sulung hehehe)...beratur lompat2 duduk kat kerusi (ingat aku masa register kat UiTM dulu, rupanya sekolahpun guna cara yang sama cuma yang peliknya ada gak ibu bapa yang tak faham main pegi duduk je...tu mesti kes tak masuk U..ee tak baik berprasangka)
Dua orang guru kelas Aatiffah Huriyyah cayalah...yang coklat dah mula serah tugas kat cikgu tudung pink katanya tak nak jejaskan prestasi murid..dia tak leh komit mengajar petang ..?????aku main angguk ja walaupun tak faham ceta...dia siap puji kakak melangit..akupun cakap Aatiffah mmg admire cikgu Juliana habis since day 1 dia skolah...cikgu ni so special utk dia tapi sayang jodoh diorang tak lama...
Alkisah cikgu tudung pink aku masuk je kelas...dok terfikir kenapa cikgu ni so familiar...aku tak segan silu nak tanya cikgu kat mana aku jumpa..rupanya dia anak tauke minyak..kuang2..ganti cikgu juliana means nanti ajar English...teringat plak kat Nadia suatu hari nanti akan jadi pendidik jugak..dan bapaknya tauke minyak...cita2 yang murni walaupun sebenarnya bleh je tolong family...
Anyway aku bersyukur walaupun keputusan kakak sedikit menurun at least dia dah cuba yang terbaik..aku selalu pesan dia lepas solat doalah moga kakak dapat 100% dalam exam disamping benda2 yang kakak wish dalam hidup kakak..Mama & Baba sayang kakak..Jadi anak yang solehah ya sayang...
Subscribe to:
Posts (Atom)








