Monday, August 15, 2011

Shopping raya..

Tahun ni tak macam tahun-tahun lalu..aku tak buat persiapan rayapun..Lebih hanya bersederhana sahaja..Tapi hati anak2 perlu dimenangkan juga..rewards untuk mereka berpuasa..Tfa dah mula excited nak raya..Adham masih tak faham apa itu raya? Asyraf? Hemmmmm lagi laaaaaa....

Hujung minggu lepas..hubby plan nak potong rumput dirumah. Mmg lalang dah menghalang pemandangan sekitar dah..Usaha gigih dia aku puji..ari tu balikk kg dah dipotongnya rumput kat rumah mama..Ni rumah sendiri lagilah perlu rajin kan..Malam tu aku cuba risik.."Nak ? esok kita gi Senawang"...Taraaaaa...Jauh tuh..actually drp rumah aku highway LEKAS straight terus keluar Senawang..Dia kata ok...Wa hati dah berbunga..So buah tangan mak ngan MIL dah selesai... 

Al kisahnya punyalah ramai..Waduh nak pilihpun tak nampak dah..gamaknya lepas sahur masing-masing bertolak drp rumah ke PH Senawang gaya semua tuh, almaklum buka kul 7 pagi...Drp apa yang ku dengar ade yang datang dr Melaka..Bangi (lebih kurang akulahhh nihh) dan macam-macam lagilah ..mengagum kan...Yang best tuhhh ada yang glamer rambut blond pun ada..Moga Allah buka pintu hati dia untuk memakai tudung lepas balik drp PH tuh...

Tema kaler..kuning..since abah pernah kata nak pakai kaler kuning...So hari ahad misi ke Wisma Yakin KL..perlu naik keretapi, anak2 excited habis. Bukan excited nak beli baju raya tapi naik LRT..aku cuma risaukan adham mau terburai puasa nihh..Daripada rumah park di Ampang Park..selasa sungguh tak ramai orang...Sampai di Wisma Yakinpun orang tak ramai lagi so boleh pilih...2 jam kami dah bergerak naik LRT balik ke Ampang Park semula.Kali terakhir beli ready made baju melayu hubby 7 atau 8 tahun lepas itupun raya haji...So biar beli yang berkualiti sedikit at least boleh pakai banyak kali...Baju melayu asyraf paling cute..eee geramnya....Nanti tengok pic raya :-D..Dalam sehari kami settlekan semua..cuma tunggu nak beli tudung aku ngan TFA je...kedai mana plak la aku nak serbu hujung minggu nihh...Norul kata birthday month boleh claim 30% discount...Argggghhh S.Alam plak lah tu kot?heheheh anyway suggestion tempat lain?....

1 comment:

cahaya petunjuk said...

pegi shah alam zam. puashati boleh belikan tudung tfa sekali. cari fabric denim lebih kemas untuk budak2 ;-)