Alkisah dunia baru aku ni bermula tarikh 17 Mei yang lalu setelah 2 minggu aku dan 2 lagi kawan (ina ngan noly) didera secara lahiriah stay kat library MOF akhirnya surat yang ditunggu muncul jua...Patutnya jumaat lagi tapi aku kasik alasan dkt budak kerani MOF, Jom Heboh punya pasal alasan utk aku tak amik surat pada ptg jumaat tuh..Mana tak nya beb, mana ada parking paling2 dekat aku bleh parking kat JPN nun..fuhh jauh tuhhh (alasan sebenarnya). Patutnya aku dengan acik bleh aje suruhh acik drop jap sementara aku lari amik surat heheh. Mmg kebetulan aku tgh setelkan penghantaran tesis kepada supervisor n upm termasuk JPA..tu mmg lesen besolah excuse...heheh. Bila aku ckp dekat JPA minah kerani tuh terus suruh amik pagi isnin lagipun mmg aku kat JPPH je pun...sebelah tu aje...
Isnin 17 Mei bermulalah espisod dunia baru ku...ku gagahkan kaki jalan sengsorang ke JPPH, drp tengah MOF ke zon selatan 2minggu dok jalan kaki drp parking tapak pasar malam, sampai naik cramp kaki aku malam2...
Tak sampai 5 minit aku menunggu diruang menunggu JPPH, datang pegawai yang tinggi lampai katanya ikut dia terus ke BTM, jumpa pengarah BTM..akupun jalan je..kami turun dari tingkat 8 ke 7...masukpun pintu belakang...aku tak pandang kiri kanan coz mmg short cut tui keluar pintu trus sampai bilik pengarah..Ketuk pintu trus pegawai bagitau pengarah ada pegawai F48 lapor diri. Pegawai tu trus tinggal aku kat sini, terpenga-penga aku..tapi sempat lagi tengok kiri kanan sambil menaakul kat mana aku jumpa "nyonya" nih...rupanya dr salah satu agensi masa projek dulu, trus terflash back memory tahun 2001 - 2003 ..yes i know mmg btui zaman mula2 projek dulu she's the one dok wakil agensi meeting PMC aku rasa...The first word kluar "Actually u are not under me!" ayat yang buat aku lagi tak faham...setelah penerangan baru aku faham...new project for JPPH, in fact new temporary jawatan..Creating purposely for project until 2012..Ohh My God,later aku kat mana plak...tapi dia sempat puji aku advantage aku coz ade experience with MyKad project even big project as compared to theirs. Tu aku tak kisah lahhhh tapi aku dah mula berat hati..tapi dia still dok repeat ..U dun't worry bear with me!..kita open post anytime jpa bleh tarik..tu ayat nak sedap hati aku...aku dan mula gundah gulana...Sempat jugak kami chit chat jap dan dia ada explain status project sket katanya project dah start almost 1 year with consultant, now midst of finalizing document tender..fuhh aku dok mula bayang2 nak buat projek nihh..kalau environment cam JPN for me ok tapi kalau sebaliknya..moga dijauhkan Allah...
After a while pengarah BTM call officer from project team, F44 katanya know more about project (lupa lak aku kabo project nama mende?VIS Baru later refer acronym di bawah ye ;) dalam mengintroduce aku kat si minah 44, one issues brought up..mana nak duduk ye, tak de bilik?Tapi aku cool ajer..mana2pun aku terima jer..Worse come to worse both of you get out from the room so let 48 masuk..tu kata pengarah tapi still tak selesai msalah coz on 1 jun sampai W52, aku plak mungkin kick out hemmmm tawakkal je mana tempatpun bleh...
Aku ikut F44 turun ke project punya tempat, while waiting them cari tempat tuk aku...lagipun minah tu kena bawa aku jumpa real bos aku...Pengarah Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta....structured wise aku report ke situ..cam mana akunya LNPT nanti nihh...ahhh kemudian fikirlah kalau betui keje kita kat manapun sama...aku lepak jap tempat minah tuh since pengarah tak de...banyak gak input aku dpt..katanya opis tuhh project team tumpang ngan JPPH Putrajaya so takleh nak berangan nak buat opis sendiri (sendiri mau ingat la). Bila turun tengok suasana mmg senyap ja...cam tak dak orang mmg tak ramai orang pun staff jpph putrajaya 5 org je..campur 3 org drp project team.. so total 8 dalam satu bahagian..bilik ada 3 (bilik pengarah, bilik 44 ngan bilik pelukis plan)..Aku lepak depan minah tu sambil dok dengar dia try call officer lain nak dptkan tempat tuk aku..
Tunggu punya tunggu lunch time aku blah dulu ajak ina teman mkn kat perumahan..aku story dah sket2 kat ina...Balik aku trus ikut ina gi surau MOF punyalah jauh nak solat zohor..katanya kat JPPHdiorg semayang kat tempat, segan lak aku nak tumpang so aku relakan jalan jauh...sampai je minah tu kata pengarah dah ada trus kami gi ke tingkat 8..Masuk bilik pengarah..dia welcome "Selamat Datang ke JPPH" terharu jugak aku...mungkin selama ni aku kat JPN the only one mana ada orang nak welcome cam tuhh...dia pun explain pasal project sket..katanya in principal project dah dpt kelulusan MOF tapi budget tunggu RMK10 kalau tak de kita bungkus..Aikkk gitu plak cetanya adoiii dah cemas dah aku nihhh...Pengarah tak banyak ckppunn aku rasa coz aku nih F dia W so tak dak chemistry, diapun tak tau nak ckp apa abis2 dok ulang welcome to JPPH ja..dia pun mempersoalkan tempat katanya patutnya tempat disediakan sebelum org dtg..sekarang orgnya dah depan mata...Ding dong ding..ade la dalam tak sampai 10 minit kami pun turun smula..
Tak sampai 30 minit dtg pegawai kelantanese turun jumpa aku..katanya pengarah dah arah dia sort out tempat tuk aku...dia ajak aku jumpa tuan rumah..bilik dia next door je..masa masuk teragak2 nak masuk coz sempat lagi terbaca depan pintu Master from University of Reading (terus ingat effa, sampai dah situ dia ngan iwhere). Aku masuk jumpa pengarah tapi kali nih mungkin bukan pengarah aku tapi sebagai menghormati tuan rumah aku kena jumpa dia coz akupun nak masuk rumah dia. Dengan ketidak rasa puasan hati dia..mcm2 dia kata kat aku...itu ini..nak expand office budget tak de..admin tak peduli..dlm tak faham aku layan je..lama2 aku kata aku tak kisah kat mana pun, mungkin sehari dua nih tak de tempat tak pe lahhh...tapi dia cuba convince aku suruh duduk kat partition di luar..so aku terima sahaja...Akupun kluar rupanya kat luar dah kecoh diorg pindahkan pelukis plan drp bilik ke partition..Dlm tak semena2 pengarah kluaq kata dekat aku "U nak masuk bilik tuh u kena gi kemas la bilik pelukis plan tuh" Aiikk aku plak kena then siap marah "Sekarang u bos, gi arah anak buah u gi kemas barang dalam bilik pelukis plan, jgn asik bersembang ja"..Waduhh nih senetron apa plak ptg nihhh....adoi rupanya pegawai fasiliti tuh yang mengikut arahan lisan pengarah cuba mengalihkan tempat bagi menyediakan bilik utk aku...
.... kita bersambung
Acronym VIS Baru - Valuation Information System Baru :)