Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

hybernate..

Lama benar aku tak menulis diblog nihh..Lepas emak  dijemput..aku jadi hang..lidah jadi kelu...banyak perkara nak diluahkan tapi tak tersampai..Moga aku diberi kekuatan...Ya ALLAH..kembalilah keadaan aku seperti seblum ini..Aku masih ada suami dan anak-anak, ampunlah segala dosaku, dosa ibuku dan....

bersambung...[semoga next entry lebih ceria bagiku]

Monday, October 3, 2011

Updet pasal mak..

Hari ini aku kembali berkerja, walaupun berat hati meninggalkan..sayu hati lihat mak..Doaku tak putus2 untuk mak..Moga dipermudahkan segalanya..Terima kasih untuk kawan-kawan yang tak henti-henti tanya kabar mak..

Mak dah selamat menjalani pembedahan kaki pada hari ahad yang lalu..Keputusan yang berat bagi kami anak-anak untuk membenar kaki mak dipotong, kalau itu takdirnya kami redha..Masa aku dikampung banyak dihabiskan disisi mak..berdoa sepanjang masa..

Aku sedih sangat dengan keadaan mak begini tapi dalam pada tuh cuba memujuk hati tiada apa yang kekal di dunia, semuanya pinjaman semata-mata..Redha..Semoga dipermudahkan olehNya..

Kami akan menghadapi post operation mak..moga yang terbaik untuk mak..Amin

Wednesday, August 24, 2011

Masa itu datang jua...

Aku selalu berdoa agar aku datang kerja dengan hati yang tenang, semoga dipermudahkan semua urusan pejabat dan macam-macamlah...Life must go on..Setelah cubaan untuk minta keluar daripada Jabatan ini tidak berjaya aku nekad mungkin ini tempat yang terbaik untuk aku timba ilmu dan pengalaman seterusnya...Tapi pengalaman setahun ini mmg perit sungguh bagiku...Banyak yang menguji kekuatan mental dan spiritual dekat sini...Mungkin itu salah satu cabaran menjadi seorang "Ketua".

Aku selalu tanamkan dalam diri susah untuk mengubah orang lain melainkan ubah diri sendiri untuk sesuaikan dengan orang itu..Itu yang terbaik..Sejak aku di pejabat baru ni aku mmg kena sesuaikan diri dengan keadaan dan orang disekeliling..yang aku heran kita plak kena jaga hati dan perasaan subordinate kita. Dengan kata lain kena ikut rentak diorang...waduuuuh penat sungguh dalam situasi yang begini...Kenapalah jadi begini...Adakah aku tak ada tokoh sebagai pemimpin?...huhuhu...Aku sahut itu sebagai satu cabaran...

Sebenarnya aku bukannya ketua unit yang punyai staff lebih 10 orang...adapun beberapa kerat je..dalam berapa kerat tuhhh lah macam-macam peelnya..drp gred sedikit kurang daripada aku sehingga lahh kepada pen pegawai..semuanya hemmmm...nota: tak baik mengeluh sebenarnya tapi kekadang tahap kesabaran aku sampai kemuncaknya jugak...

Aku cuba terapkan budaya berkerja dalam satu kumpulan tapi alih-alih masing-masing tak faham teamwork spirit tuhhh..Susah cakap lahh..masing-masing nak tunjuk terror dan yang tak tahan kenapa perlu berkira-kira dengan kerja yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan...Itu yang ada sedikit kekesalan..

Insiden di suatu petang jumaat tuh dah berpanjangan sehingga hari ini...Apapun yang difikirkan oleh si L tuhhh terpulang bagi dialah nak nilai aku macam mana. yang pasti aku tak pernah berdendam atau berkecik  hati..Aku sentiasa memaafkan dan muhasabah diri untuk menjadi lebih baik..

Wednesday, May 11, 2011

Daripada Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali

Innalillah...itu yang mampu aku balas Ina melalui YM..Ina mungkin ternampak aku dekat cafe terus dia YM katanya seminggu dia bercuti sebab MIL dia kembali ke rahmatullah...

Paginya masuk opis terus check email nampak email Norul..subject:dari Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali ..aku dah boleh agak tapi siapa ya?..Bapa Emmy..ku sedekahkan al fatihah ...semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...

Masih tergiang lagi cerita kakar ipar effa..semalam effa sms FIL dia masih trauma kejadian tuh..Moga dia kuat dalam menghadapi hari-hari mendatang..

Begitulah daripadaNya kita datang kepadaNya jua kita kembali...Itulah yang selalu aku pada diri sendiri betapa singkatnya masa...

Thursday, October 14, 2010

Hemoroid lumrah ibu hamil

Kandungan dah masuk 32 minggu so bersamaan ngan 8 bulan..Semenjak seminggu lalu memang tak selesa sungguh..Selesa yang contribute to sakit tu yang aku tak tahan..mulanya aku cuba apply minyak gamat je..hilang tu tak tapi rasa sakit hilang..betapa mujaratnya Minyak Gamat Husin Ali made in Langkawi gitu..(recommended utk ada di rumah, siap promote gitu)

Minggu ni aku mmg tak keruan asalnya niat nak amik cuti lepas konvo tapi memandangkan kerja pejabat yang tak mengizinkan aku berbuat begitu..besar tanggungjawab aku rasa..rela ku korbankan dalam menyahut aku bukan makan gaji buta..ehhh ni dah melalut emosi ke lain lak...

Susah berurusan dengan org  pangkat tinggi nihh ..lain yang dirancang lain lak jadinya..apa yang tak dirancang tu lak jadinya...paling aku tak faham masing2 buat faham2 sendiri pelek betullah..Patutla kadang tu amik pendirian tak yah dok rancang biar masa yang menentukan..selesai gak ptg rabu tuh..tapi aku rasa makin berat bila berjalan dan betapa tidak selesanya..

Next appointment 14/10/2010..mmg kena masanya..tapi memanjang jumpa dr ja ada la sumthing wrong..Buasir atau hemoroid boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada lelaki atau wanita tetapi risiko ibu hamil lebih besar berikutan faktor tambahan iaitu tekanan janin terhadap saluran vena (darah). Hem dr kata normal lagi ari tuh gatalpun dia kata normal..So aku admit je..memandangkan sejarah lepas deliver TFa aku kena lepas bersalin mungkin teknik meneran tu tak betul..lepas tuh ok setelah makan jamu lepas bersalin..Masa adham mmg takde langsung..mmg good boy betullah dia..moga berpanjangan sampai bila2. Aku ada surf info pasal nihh.."Bukan semua wanita hamil akan mengalami hemoroid, ia bergantung kepada pemilihan makanan, gaya hidup, baka dan sebagainya. Namun dalam sesetengah kes, masih ada ibu yang di-serang buasir walaupun corak pemakanannya seimbang." Aku setuju..kali nihh aku mmg jaga pemakanan betul coz takut baby besar..dalam dok jaga tuhhh la ada ujianNya...Dr dah kasik ubat untuk masukkan dlam b**t*t..dan krim utk sapu..so lega sikit..

Habis satu cerita buka cerita lain lak..Baby still kepala di atas sebelah kanan..Dr Mashitah mmg friendly siap dok cakp2 ngan baby nape tak nak pusing..rupanya dia terbelit ngan tali pusat...patut dia tak pusing katanya..ini dah minggu 32 dah nihh ..suspen dah jadinya..aku tanya nak buat cam mana dr? DOA tu je...moga dia terlepas tali pusat then dia bleh pusing...Allah yang menentukan segalanya walaupun anak di dalam rahim ibu..Nasihat SIL (Dr Hafizah)..Tgu sampai 36wks kalau x pusing maybe kena caesar..Tak nak!

Wednesday, June 2, 2010

Demam episod ari nih..

Semalam gi klinik putrajaya lagi..mmg seksa la kat situ ramai btul org aku ngan hubby mmg sampai lambat dalam 11 lebih..target by afternoon dah ok..sekali siap announcement "Pegawai Perubatan akan berhenti berehat pada jam 1:15 ptg sehingga 2:15 ptg".Alamatnya ptg lah..menapak la plak kami bagi megisi perut..

Turn aku dalam kul 3 lebih cam tuh..dr lain lak walaupun bilik yang sama..aku kna ulang balik kronologi..hubby la tambah sikit2 hehehe...dr kata naik sikit 148..sel darah putih naik jugak 12.2..aku tak fahampun..pastu ok ke dr?dia kata still bawah border so esok amik lagi..adoi aku dah mula rimas nak mai klinik...lagi sakit aku...aku minta dr nak pegi klinik kesihatan kajang je dekat ngan rumah..dia ok..

Ari ni aku gi sendiri sian lak hubby nak teman aku..lagipun kliniknya dekat je..drp sebelum kul 8..kul 9 blum panggil utk pendaftaran lagi..lagi teruk...melepak la aku tengok gelagat orang...akhirnya aku dia panggil..baru leh amik darah..yang syoknya dia sini...pegi bilik amik darah siap bawa sendiri gi makmal heheeh..tunggu lagi...dapat result aku blasah masuk trus bilik dr...kat sini result dia tak canggih mana la..aku nak bacapun tak faham tapi dok cuba scan yang mana platlet hehehe..aku tngok angka 160..oh ok dah kot...jumpa dr ..dia kata naik ckit..apa yang sikitpun tak tau..dia kasik mc lagi 2 hari (ari ni ngan esok)katanya kalau ari ni demam lagi esok amik lagi kalau tak lusa baru amik...aku dah bayang seksa dah...balik rumah dah dekat kul 11 pagi..letih dan penat menunggu..balik batuk makin menjadi jadi..demam tuh aku blasah makan ubat siap2 heheheh..moga aku cepat sembuh...

Demam lagi..

Ni alkisah ari senin lepas...patutnya setelah 3 hari bercuti aku dah recover daripada demam. Masuk opis aku dah mula rasa semacam..sejuk sangat kot...paginya effa tipon tanya kabo cam mana? aku kata dah ok kot...thanks kawan2 yang concern...makin tengahari sejuk makin memuncak..sampaikan aku dah mula buka tingkap smua kerja tak menjadi..nak kuar awal beli makanan tak de member lak...aku gagahkan sampai kul 1.00 tengahari..Staff JPPH Putrajaya tegur teuk dengar aku batuk..aku cuma ckp tak sihat lagi..mungkin lepas makan ok kot..aku bungkus nescafe extra hot nak lawan temperature bilik yang sejuk...tapi tak jalan jugak..kul 2.30 aku dah mula sms hubby ...worse case aku mmg nak call ayong ja mai jemput...

Semayang zohor mmg dah rasa nak pitam, aku gagah call ayong..nasib baik dia kat rumah..dia dtg jemput katanya..kami pi klinik putrajaya dalam hujan lebat..aku respect gak ayong leh bawak keta dalam hujan lebat hehehe..sampai klinik org ramai...aku blasah je tunggu que..ditnya kenapa? aku kata aku demam kot ditambah ngan bleeding...dia kasik no trus gi que lagi kat bilik 8..jam baru kul 3:40 ptg. Lepas parking ayong mai sian dia basah kuyup punya nak tolong aku...aku mmg tak tau nak tipon sapa lagi...hampir 1/2 jam dia nampak aku makin sakit dia ajak aku gi rehat dalam bilik procedure 23..mulanya segan lama2 segan tu aku buang aku ikut ja ayong..rupanya dia suruh aku baring je atas katil katanya sementara tunggu dr..Cam mana nak rehat nih kalau sejuknya dah sampai ke otak dah nih, tu kira dah selimut...ayong tinggal aku coz dia tunggu no kat depan bilik dr..Misi check BP katanya tinggi..mungkin aku takut sama kot...dia suruh rehat mmg aku kat atas katilpun..aku dok menghitung masa je..nape lah lama sangat dr nih sampai nak kencing dah aku nihh..aku cakap misi nak gi kencing dia siap nak bawa wheel chair..aku kata leh jalan la hehehe segan weeee....

Balik toilet rupanya dr dah mai..misi suruh aku masuk bilik dr..lepas tanya inu ini..dr ajak gi scan baby..everything ok kata dr uri rendah sikit tapi consider ok...Alhamdullilah..dr kata kena amik darah coz dah demam lama...aku ikut ja..lepas scan gi amik darah plak...tunggu lagi...hubby sampai kul 5:30 ayong still setia tunggu aku...at last dr panggil setelah orangpun tak de..jam dah hampir kul 6:00..Result platlet rendah 146, WBC 8.8...dr kat kna monitor takut denggi..alamak napa jadi gini...dr kata continue makan ubat demam je a.k.a panadol ok for prenancy..minum air banyak 2 liter..dia tak kasik antibiotik katanya...esok kena mai amik darah lagi..dia kasik mc tuk esok je..kluar klinik dah kul 6 lebih..aku gagah ke opis amik keta bawa gi rumah ayong..

Balik rumah mmg trus pengsan la sampai dah tak sedar ape..cuma sedar maid aku naik anto makanan aku je tu pun aku tak leh mamahpun...

Monday, January 18, 2010

apa sudah jadi???versi Noorizam

Entry aku nih menyahut baton Norul Hidayah bagi entry apa sudah jadi..ok dear :-D

Aku memang dianugerahkan dengan jerawat sejak remaja lagi..tak tahu apa yang tak kena..nak kata tak care or sensitive pasal bab2 kebersihan itu high priority bagi aku..teori mak aku senang..lepas kawin confirm hilang..tapi teori dia meleset..tak hilangpun kurang tuhh ade lahhh..Lepas tu dia come out dengan teori ke2 plak lepas beranak mesti hilang...heheh..aku lahirkan my princess..same gak...tapi apa yang paling aku tak leh lupa seorang vendor kat opis pernah kate jerawat tanda kita masih muda so kalau dah tua mana ada dah..ni bermakna aku masih muda walaupun pada angka 33...

5 bulan lepas dapat Adham, aku amik family plan...bukan ape consider dekat gak adham ngan TFa..gara-gara ikut ibu..ibu ni significant sungguh dalam hidup aku heheh... Ibu kata dia amik Yasmin akupun apa lagi gi jumpa dr consult nak amik Yasmin, Dr kasik greenlight aku lepa aje walaupun memang ada side effect..aku tawakkal ja..lepas tahun ke 5 keinginan nak dapat baby tu ade dan kebetulan plak aku dah lewat continue new pack dah ada alasan utk aku stop terus. Aku dah malas nak gi jumpa dr kalau nak sambung..Aku tawakkal je..

After a month stop...masalah lain plak datang J.E.R.A.W.A.T ee bintik2 apa dah jadi nihh..akupun tak faham pasal hormon kah?atau aku stress? Stress patutnya tak de dalam senarai coz aku bukannya kejepun lagipun dok poya2 cuti skolah lagi ade..habis gak beratus dek kerna ketidaksabaran aku gi farmasi beli ubat inu ini..mana tak nya sampai tak selesa..abang aku pun heran..Hubby aku dia memang dah get use heheh...Minggu lepas TFa sampai kata muka mama dah nak sembuh tinggal sikit2 ja...anak akupun faham..tak tahulah sampai bila cam nihh hopefully teori mak aku yang ke2 menjadilah amin..tapi ada masalah lahhh..

Friday, August 21, 2009

Chicken pox

Adham:"Mama kenapa semut banyak gigit adham"
Mama:"Tu bukan semut gigit la sayang tu chicken pox. Adik jangan usik tau air tuhh"



Pic kat atas keadaan Adham kena chicken pox...hari nih hari ke 3...sian dia merengek aje...MIL call semalam tanya cam mana?Dia suruh makan sup ayam aku hentam 2 hari turut kasik adham makan mungkin tuh yang banyak keluar tuhhh....Tak tahu la rasa gatai cam mana. Dulu masa Tfa kena masa tuh baru setahun, lagi sian masa tuh tak leh cakap lagi cuma air mata je yang bergenang...Siannya...tapi bila mana Adham dah pandai cakap lagi haru biru jadinya...semua orang nak kena jaga dia....Nasib baik la cuti sekolah so tak de la nak ponteng sekolah..

Tuesday, January 6, 2009

Ujian

Ari ahad lepas, aku bawa nadia pegi register kat Unisel..walaupun dah berapa hari dah hati aku berdebar2 di sebabkan abang masuk KMC. Mulanya memang sepatutnya dah sampai Alor Setaq tapi disebabkan dia tak jadi operate so aku pertimbangkan mcm2 benda...nak amik Rip kat airport lagi, amik nadia dan bawa pegi register lagi, kelas yang baru mula dan mcm2 lagi dalam fikiran aku ni...tapi masa dok tunggu nadia register mcm2 sms aku terima lah...bab yang paling tak tahan tu mak suruh kak Noma sms aku suruh balik..mulanya aku bagi alasan ada kelas la tapi bila balik rumah dah mula rasa tak sedap duduk...hubby terus cakap jom la kita balik...so sampai la kami kat KMC tuh..

Sampai dah kul 10.30mlm kat hospital...aku sampai je terus abang nak di tolak ke ICU, disebabkan baru lepas buat dialisis...sebak aku tengok..mungkin ini ujian daripadaNya...dia kira tak sedarkan diri. Yang buat aku lagi sedih tu bila aku tengok mak memang susah hati..mana tak nya mana ada mak yang tak sedih kalau tengok anaknya jadi cam tuh..Next day kul 11.30pg abang di tolak utk dibuat dialisis kali ke2..sekali lagi mak menangis..aku hanya bleh tenangkan mak dan suruh bersabar...byk2kan berdoa...selepas dialisis aku bawa Knah jumpa Dr utk tanya progress mcm mana...Dr explain what happening...dan apa yang dia nak buat..Dr kata bila buah pinggang abang stabil dia akan sedar seperti biasa...Ya Allah Ya Tuhanku beratnya ujian nih aku rasa....Sebelah mlmnya aku ada kelas, tapi aku tak sampai hati nak tinggal mak ngan Knah dalam keadaan abang yang mcm tuh...so aku dah ponteng kelas yang pertama subjek Software Agent...moga ini ada hikmahnya...

Hari ke 3, Dr panggil aku ngan Knah bagitau abang dah mula bleh berkomunikasi dgn dia..tapi dia still akan di monitor di ICU..so kami hanya bleh berserah kepadaNya..Moga dapat yang terbaik untuk abang..Aku bertolak balik pada sebelah tengahari walaupun hati berat tapi aku kena fikir jugak kelas dan sebagainya....