Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ya Ramadhan

Baru sempat nak menjengah dekat blog aku nihh...Ramadhan datang lagi..hari tu ustaz di IKIM cakap..bersyukurlah kita kerana masih ada ruang dan peluang untuk diberada di bulan Ramadhan ini...Sayu rasa mengingatkan kata-kata ustaz tuh..."Lihat dengan mata hati dengan rahmat yang Allah berikan kerana kita masih berada di dalam bulan Ramadhan."Katanya orang lain yang mungkin pada Ramadhan lepas bersama kita makan sekali, ke bazar ramadhan sekali tetapi kini sudah tiada lagi...Ya Allah teringat pada arwah abah..Al-Fatihah..Kalau Allah izinkan kita bertemu Ramadhan, ada hadiah untuk kita, maka carilah hadiah itu....dalam betul makna tuh..

Dek kerana rasa syahdu..entry nih hampir seminggu tak dipublish...hujung minggu pertama Ramadhan kami berkesempatan balik kampung ziarah MIL. Sayu aku tengok mama...masih dalam kesedihan..mungkin abah pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan terkejut begitu...Serah badan aku tengok..aku cuba selami hati mama...Kata mama dia redha..cuma dia rindukan gurau senda abah yang selalu mengusik dia...kebetulan ulang tahun kelahiran mama pada 6 Ogos lalu sekurang-kurangkan dapat mengembirakan mama...Mama kata rasa tak seronok nak celebrate abah dah takde..Kami cuma makan ikan bakar di Kuala Perlis.Walaupun letih perjalanan 5 - 6 jam..tapi hati tetap bahagia kerana dapat mengembirakan orang lain...

No comments: