Wednesday, August 24, 2011

Masa itu datang jua...

Aku selalu berdoa agar aku datang kerja dengan hati yang tenang, semoga dipermudahkan semua urusan pejabat dan macam-macamlah...Life must go on..Setelah cubaan untuk minta keluar daripada Jabatan ini tidak berjaya aku nekad mungkin ini tempat yang terbaik untuk aku timba ilmu dan pengalaman seterusnya...Tapi pengalaman setahun ini mmg perit sungguh bagiku...Banyak yang menguji kekuatan mental dan spiritual dekat sini...Mungkin itu salah satu cabaran menjadi seorang "Ketua".

Aku selalu tanamkan dalam diri susah untuk mengubah orang lain melainkan ubah diri sendiri untuk sesuaikan dengan orang itu..Itu yang terbaik..Sejak aku di pejabat baru ni aku mmg kena sesuaikan diri dengan keadaan dan orang disekeliling..yang aku heran kita plak kena jaga hati dan perasaan subordinate kita. Dengan kata lain kena ikut rentak diorang...waduuuuh penat sungguh dalam situasi yang begini...Kenapalah jadi begini...Adakah aku tak ada tokoh sebagai pemimpin?...huhuhu...Aku sahut itu sebagai satu cabaran...

Sebenarnya aku bukannya ketua unit yang punyai staff lebih 10 orang...adapun beberapa kerat je..dalam berapa kerat tuhhh lah macam-macam peelnya..drp gred sedikit kurang daripada aku sehingga lahh kepada pen pegawai..semuanya hemmmm...nota: tak baik mengeluh sebenarnya tapi kekadang tahap kesabaran aku sampai kemuncaknya jugak...

Aku cuba terapkan budaya berkerja dalam satu kumpulan tapi alih-alih masing-masing tak faham teamwork spirit tuhhh..Susah cakap lahh..masing-masing nak tunjuk terror dan yang tak tahan kenapa perlu berkira-kira dengan kerja yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan...Itu yang ada sedikit kekesalan..

Insiden di suatu petang jumaat tuh dah berpanjangan sehingga hari ini...Apapun yang difikirkan oleh si L tuhhh terpulang bagi dialah nak nilai aku macam mana. yang pasti aku tak pernah berdendam atau berkecik  hati..Aku sentiasa memaafkan dan muhasabah diri untuk menjadi lebih baik..

Monday, August 15, 2011

Shopping raya..

Tahun ni tak macam tahun-tahun lalu..aku tak buat persiapan rayapun..Lebih hanya bersederhana sahaja..Tapi hati anak2 perlu dimenangkan juga..rewards untuk mereka berpuasa..Tfa dah mula excited nak raya..Adham masih tak faham apa itu raya? Asyraf? Hemmmmm lagi laaaaaa....

Hujung minggu lepas..hubby plan nak potong rumput dirumah. Mmg lalang dah menghalang pemandangan sekitar dah..Usaha gigih dia aku puji..ari tu balikk kg dah dipotongnya rumput kat rumah mama..Ni rumah sendiri lagilah perlu rajin kan..Malam tu aku cuba risik.."Nak ? esok kita gi Senawang"...Taraaaaa...Jauh tuh..actually drp rumah aku highway LEKAS straight terus keluar Senawang..Dia kata ok...Wa hati dah berbunga..So buah tangan mak ngan MIL dah selesai... 

Al kisahnya punyalah ramai..Waduh nak pilihpun tak nampak dah..gamaknya lepas sahur masing-masing bertolak drp rumah ke PH Senawang gaya semua tuh, almaklum buka kul 7 pagi...Drp apa yang ku dengar ade yang datang dr Melaka..Bangi (lebih kurang akulahhh nihh) dan macam-macam lagilah ..mengagum kan...Yang best tuhhh ada yang glamer rambut blond pun ada..Moga Allah buka pintu hati dia untuk memakai tudung lepas balik drp PH tuh...

Tema kaler..kuning..since abah pernah kata nak pakai kaler kuning...So hari ahad misi ke Wisma Yakin KL..perlu naik keretapi, anak2 excited habis. Bukan excited nak beli baju raya tapi naik LRT..aku cuma risaukan adham mau terburai puasa nihh..Daripada rumah park di Ampang Park..selasa sungguh tak ramai orang...Sampai di Wisma Yakinpun orang tak ramai lagi so boleh pilih...2 jam kami dah bergerak naik LRT balik ke Ampang Park semula.Kali terakhir beli ready made baju melayu hubby 7 atau 8 tahun lepas itupun raya haji...So biar beli yang berkualiti sedikit at least boleh pakai banyak kali...Baju melayu asyraf paling cute..eee geramnya....Nanti tengok pic raya :-D..Dalam sehari kami settlekan semua..cuma tunggu nak beli tudung aku ngan TFA je...kedai mana plak la aku nak serbu hujung minggu nihh...Norul kata birthday month boleh claim 30% discount...Argggghhh S.Alam plak lah tu kot?heheheh anyway suggestion tempat lain?....

Monday, August 8, 2011

My day

Today..Happy birthday to myself..Noorizam Binti Kassim yang lahirnya 34 tahun yang lalu. Bagiku tahun ini cukup istimewa kerana aku merainya di dalam Ramadhan yang penuh barakah...

Perancangan awal untuk aku bercuti pada hari ini adalah untuk aku start off sumthing...mungkin terpaksa ditangguh untuk tarikh dan masa yang lain..Apa perancangannya??..dulu masa aku pregnant asyraf.. Dr Mashitah ada advise to make check up ..once a year cuba aku realisasikan pada hari ini..tapi keadaan tak mengizinkan memandangkan ada mesyuarat yang tak dapat dielakkan perlu aku hadiri (eee pentingnya aku sekarang nihhh kuang kuang, biar kita merasa diri kita ini penting)...Ahhh bila pulak kesempatan yang perlu aku cari nihhh...dah mula berfikir..register maid utk PATI pun belummmm arggggghhhh...

Pada kelahiran ke yang ke 34 nih.aku tetap bersyukur punya suami yang hensem (dimatakulah hehehe maluuuunye)..punya anak-anak yang cute-cute (Aatiffah Huriyyah, Adham Harith dan Asyraf Huzaifah) nikmat yang Allah berikan padaku untuk masih bernafas dan menyambutnya pada hari ini. Thanks to hubby yang selama menjadi pelengkap hidup aku dan anak-anak yang sentiasa menceria..Terima kasih yang tak terhingga untuk mak (Hjh Hamiah Yusoff) dan arwah ayah (Kassim B. Othman)..Allah sahaja yang dapat membalasnya..aku ingin jadi anak yang terbaik untuk mereka berdua...

Terima kasih kepada kawan-kawan masih ingat pada hari jadiku kerana masih lagi sms untuk ucapan yang sangat bernilai bagiku..utk kengkawan di fbpun terima kasih banyak untuk ingat kalian pada aku..sampai ada yang mention tahun keberapa tuh...adus canggih tuhh..usia yang makin meningkat..Moga aku menjadi insan yang lebih baik daripada semalam..mendapat rahmat dan hidayah daripadaNYa..kebahagian dunia dan Akhirat...Amin...


Birthday mama yang baju cekelat tuh bukan asoo rambut putih tau....

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ya Ramadhan

Baru sempat nak menjengah dekat blog aku nihh...Ramadhan datang lagi..hari tu ustaz di IKIM cakap..bersyukurlah kita kerana masih ada ruang dan peluang untuk diberada di bulan Ramadhan ini...Sayu rasa mengingatkan kata-kata ustaz tuh..."Lihat dengan mata hati dengan rahmat yang Allah berikan kerana kita masih berada di dalam bulan Ramadhan."Katanya orang lain yang mungkin pada Ramadhan lepas bersama kita makan sekali, ke bazar ramadhan sekali tetapi kini sudah tiada lagi...Ya Allah teringat pada arwah abah..Al-Fatihah..Kalau Allah izinkan kita bertemu Ramadhan, ada hadiah untuk kita, maka carilah hadiah itu....dalam betul makna tuh..

Dek kerana rasa syahdu..entry nih hampir seminggu tak dipublish...hujung minggu pertama Ramadhan kami berkesempatan balik kampung ziarah MIL. Sayu aku tengok mama...masih dalam kesedihan..mungkin abah pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan terkejut begitu...Serah badan aku tengok..aku cuba selami hati mama...Kata mama dia redha..cuma dia rindukan gurau senda abah yang selalu mengusik dia...kebetulan ulang tahun kelahiran mama pada 6 Ogos lalu sekurang-kurangkan dapat mengembirakan mama...Mama kata rasa tak seronok nak celebrate abah dah takde..Kami cuma makan ikan bakar di Kuala Perlis.Walaupun letih perjalanan 5 - 6 jam..tapi hati tetap bahagia kerana dapat mengembirakan orang lain...