Hari ni baru 8 Syawal..sudah 8 hari Ramadhan meninggalkan terasa rindu sangat. Mungkinkah akan berjumpa lagi Ramadhan akan datang..Apapun nekadku bulan2 lain akan ku dijadikan Ramadhan sepanjang tahun..amalan biarlah konsisten..
Disempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan taulan yang membaca blog aku..sepuluh jari disusun memohon maaf di atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di pandang mata, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi…
No comments:
Post a Comment