Tuesday, July 13, 2010

Bacalah...

Lately aku tak tahu apa progress adham kat skolah...kalau everyday aku tak sempat nak semak buku dia aku akan pastikan weekend wajib kena semak..Daripada pengamatan aku, dia(merujuk kepada suspek):
  1. Improve a lot in writing...(klau bleh ikut tulisan baba kay cantik, mamanya writing ikut mood, very the tak cantik)
  2. Dah  pandai kira 1 ...puluh-puluh tapi belum tambah tolak lagi rasenye...
  3. Melukis..bab ni memang ikut skill mama betul, yang keras tangan...
  4. Vocabulary masih kurang sama ada melayu atau inggeris..
  5. ..
  6. ..
  7. ..
  8. Baca...ha bab ni yang aku nak ceta panjang...Dulu masa aku cuti, balik skolah je dia akan terus minta nasi dan lepas tuh kami akan buat homework sama-sama..unless kalau dia melarat (buat keje lambat la tuh) maid aku take over coz aku perlu tengok kerja skolah aku plak...itu rutin aku since dia skolah pertengahan tahun lepas..I'm really appreciate time tuh...coz aku bleh tengok sendiri cam mana Adham start from zero drp tak tahu langsung menulis, mewarna dan smua ...Adham tak macam kakak yang dah mula pegang pensil dari umur belum 1 tahun coz dia dulu kat nurseri. Ingat lagi baba ajar kakak pegang daun depan rumah since kakak baby lagi so time Adham lain. Masa dia dengan maid kami..biasalah kalau ngan maid, kita yang kena bagi spec itu ini...kalau tak..tak denye..pun begitu tak leh salah bibik jugak mama dan baba mungkin terlepas pandang ke apa tah, mana silapnya akupun tak tahu.......
          Minat Adham untuk membaca tuh nampak kurang..bila aku suruh dia baca je dia dah mula bagi alasan
          dah baca la inu ini...aku mula risau..so aku dah mula cari2 mana silap..dan cari-cari info cam mana nak
          pupuk minat baca kepada anak-anak..antara tip-tip yang aku dapat:

          *Ketika mengandung, ibu digalakkan banyak membaca al-Quran dan berzikir serta diperdengarkan   
            kepada janin. Nota tambahan: Ini kena really buat utk yang no 3 nihh :)

          *Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta  
            mengeja perkataan yang tertera.

          *Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan.
            Latihlah mereka membaca dengan bertanya kepada anak anda apa yang tertulis di papan tanda
            perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.

          *Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan
            buku dan mencintai ilmu.

           *Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan mereka supaya dapat melakukan aktiviti  
             tersebut, Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak.

           *Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan
             untuk anak.

           *Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan
             hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca
             kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat.

           *Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.

           *Setiap hari, ibu bapa biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku.

           *Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak.

           *Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak sebagai tanda
           sokongan anda kepadanya. Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa
           sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.

            Tips ini diperolehi drp arkib utusan online Rangsang Minat Membaca
So aku kena tanam azam utk apply tip-tip di atas...LaLa..lala......InsyaAllah, Anyway anak mama memang terbaeeeeeeeeeeeek punya...Amin

1 comment:

cahaya petunjuk said...

takpe zam. akan tiba masanya dia boleh buat sume tuh. anak lelaki lambat sikit ready nyer. no worries dear ;-)