Tuesday, January 6, 2009

Ujian

Ari ahad lepas, aku bawa nadia pegi register kat Unisel..walaupun dah berapa hari dah hati aku berdebar2 di sebabkan abang masuk KMC. Mulanya memang sepatutnya dah sampai Alor Setaq tapi disebabkan dia tak jadi operate so aku pertimbangkan mcm2 benda...nak amik Rip kat airport lagi, amik nadia dan bawa pegi register lagi, kelas yang baru mula dan mcm2 lagi dalam fikiran aku ni...tapi masa dok tunggu nadia register mcm2 sms aku terima lah...bab yang paling tak tahan tu mak suruh kak Noma sms aku suruh balik..mulanya aku bagi alasan ada kelas la tapi bila balik rumah dah mula rasa tak sedap duduk...hubby terus cakap jom la kita balik...so sampai la kami kat KMC tuh..

Sampai dah kul 10.30mlm kat hospital...aku sampai je terus abang nak di tolak ke ICU, disebabkan baru lepas buat dialisis...sebak aku tengok..mungkin ini ujian daripadaNya...dia kira tak sedarkan diri. Yang buat aku lagi sedih tu bila aku tengok mak memang susah hati..mana tak nya mana ada mak yang tak sedih kalau tengok anaknya jadi cam tuh..Next day kul 11.30pg abang di tolak utk dibuat dialisis kali ke2..sekali lagi mak menangis..aku hanya bleh tenangkan mak dan suruh bersabar...byk2kan berdoa...selepas dialisis aku bawa Knah jumpa Dr utk tanya progress mcm mana...Dr explain what happening...dan apa yang dia nak buat..Dr kata bila buah pinggang abang stabil dia akan sedar seperti biasa...Ya Allah Ya Tuhanku beratnya ujian nih aku rasa....Sebelah mlmnya aku ada kelas, tapi aku tak sampai hati nak tinggal mak ngan Knah dalam keadaan abang yang mcm tuh...so aku dah ponteng kelas yang pertama subjek Software Agent...moga ini ada hikmahnya...

Hari ke 3, Dr panggil aku ngan Knah bagitau abang dah mula bleh berkomunikasi dgn dia..tapi dia still akan di monitor di ICU..so kami hanya bleh berserah kepadaNya..Moga dapat yang terbaik untuk abang..Aku bertolak balik pada sebelah tengahari walaupun hati berat tapi aku kena fikir jugak kelas dan sebagainya....

1 comment:

cahaya petunjuk said...

dear,

hidup kita memang sering diuji.. dan ujian itu berbeza bagi setiap hambaNya.. kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. dan Dia Maha Mengetahui akan kemampuan setiap hambaNya..

there is always a sunshine over the rainbow.. take care ya!