Sunday, December 28, 2008

Petang yang hening

Hari ni hari ahad 28 Disember, alamak bila mula menulis tarikh baru aku perasan esok birthday anak buah aku fatin…terbayang muka fatin yang hitam manis…rambut panjang mengurai (ala2 heroin filem tamil hehehe sorry fatin). Petang nih aku duduk di depan rumah menghirup udara nyaman…waduh bermadah gitu…time2 gini aku teringat kat kg…aku pernah merasa suasana bendang bila angin sepoi2 bahasa cam ni…mak kata sekarang musin timur…kalau kat langkawi bila musim timur tanda musim tuai @memukul padi….eeee bestnya bila teringat saat tuh…tapi tuh dah lama masa aku sekolah rendah lagi…sekarangpun dah berubah padipun orang tuai guna mesin lagipun aku tak rasa mak su @ cu masih buat bendang lagi…ramaii dah upah orang sekarang nih…tu la antara memori zaman aku sekolah rendah…sian Tfa ngan Adham tak dapat pengalaman cam tuh…kehidupanpun dah berubah…mungkin nanti pengalaman Tfa kayuh basikal ja petang2 hemmmmm….tersenyum aku tengok Tfa dok kayuh basikal Adham plak masih tido…apa mimpi tah setelah sekian lama ari nih tido siang plak dia…

Ari nih, kami 3 beranak ja di rumah, hubby gi jumpa PIL kat Gombak..aku ngan budak2 tak ikutpun satu sebab tak diajakpun ke2nya aku rasa tak sesuai bawa budak2 ke tempat gitu coz malam nih katanya ada majlis sambutan maal hijrah….so tak pelah aku sambut aje ngan anak2…so aku bersyukur malam ni aku ada kat rumah so insyaallah bolehla baca yasin 3X selepas solat maghrib walaupun sebenarnya lebih afdal kalau dibuat di surau atau di masjid… Kalau tahun2 sebelum memanjang aku terlupa so bila balik rumah baru sedar so jawapnya yasin lepas isyak la…eee kalau new year kalender mat sallih memang ingat sangat kan….so sekarang kena berazam kalender islam pun kena amik tahu jugak…sebab bukupun akan bertukar…peringatan yang penting..moga putera-puteri akupun akan amik berat tentang kalender Islam kan…Amin.

Tadi aku tipon mak di kg, ceritanya ari tuh tangan dia takleh nak angkat sebelah…tuh satu alasan yang aku jarang call mak, bukan tak rindu kat dia tapi bab nak tahu pasal kesihatan dia tuh yang buat aku lemah…mak o mak…tapi ari nih 2 perkara yang membuatkan aku risau sangat…Pertamanya pasal abang…dia tak baik lagi…tadi sms nadia bagitau semalam dia muntah plak…aduh risaunya dengar….Ke 2nya…eee biarlah aku rasa kecik hatipun ada susah nak describe lah…nantilah aku rasa tak sesuai nak ceta kat sini…tapi Allah boleh baca segala isi hati aku…

2 comments:

cahaya petunjuk said...

sabar zam.. hidup ni memang selalu diduga dengan dugaan yang tak terjangkau dengan akal fikiran.. banyakkan doa pada Allah mintak dipermudahkan jalan kita.. amin..

Noorz said...

Thanks Norul for everything:)