Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Datang Lagi..

Alhamdullilah bulan yang ditunggu-tunggu datang lagi..Ramadhan Al-Mubharak..Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan..Diperbanyakan amalan..Amin

Banyak SMS diterima ..sempena menyambut bulan yang mulia ini..so bersempena bulan yang mulia nipun usaha penduduk Sunway Semenyih untuk bersembahyang terawih di surau Sunway Semenyih pun berjaya.. Walaupun tidak 100 % tapi alhamdullilah malam semalam, Malam Pertama Ramadhan, terawih dapat dilakukan di sana... aku bangga atas usaha penduduk nak menyiapkan surau tuh.. Besar dan mulia sungguh penderma-penderma yang menderma dalam membangunkan surau tersebut....

Bila datang ramadhan...aku sering teringat kampung halaman...bestnya berpuasa di kampung..mulanya nak ajak hubby balik kg tapi memandangkan mak nak datang 5 hb so aku pendam aje...aku ade kelas on saturday so terlalu pendek nak balik kg dan kesian plak hubby nak drive 5 hingga 6 jam tapi balik cuma 2 hari je...kenapa tak balik Kangaq? Eee tu kena tanya B ..dia pun tak ajak..lama dah adham tak jumpa ngan pak su.. jawabnya raya la plak....

So sempena Ramadhan nih aku nak ucap Selamat Berpuasa untuk Umat Islam..Buatlah amalan sebanyak yang boleh bagi mengejar ganjaran pahala yang dijanjikan Allah..Moga Ramadhan kali ini dapat merubah diri kita ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah

No comments: