Hari ni, 31 Julai merupakan besday abang aku yang ke 48..huyo kalau nak ikutkan beza umur aku dngan dia tu.. 17 tahun tu..Walaupun abang aku tak tahu kewujudan blog ini tapi entry aku kali memang special utk dia ...banyak pengalaman manis dan pahit aku ngan dia....
Paling aku tak tahan dengar..."Adik kesayangan", selalu kakak-kakak aku kata cam tu kononnya aku soranglah adik kesayangan... habis! abang aku nan sorang ni...What ever is suka hati depa la nak kata apa..for me adik bongsu biasalah kan deserve it khik...khikk......sape lagi anak bongsu tanya tengok? Bagi aku abang ke kakak ka, aku treat sama ja...semua darah daging aku...kalau bleh, aku nak depa happy dengan aku.
Kenangan manis aku dengan abang N opss tak lehh letak N coz kami 6 beradik semua nama start dengan N...aku tak dapat bayangkan cam mana la mak dan ayah aku bleh letak semua nama kami start dengan N, tak pasti kebetulan atau memang dirancang kwang-kwang...
Aku nak share sket beberapa kenangan aku dengan abang, yang aku tak leh lupa tragedi tolak motor dalam banjir...ini cerita masa aku dibangku sekolah rendah lagi, masa tu abang aku keje dekat negeri yang paling kecik kat Malaysia nih. Seperti kebiasaan keluarga yang merancang perbelanjaan isi rumah dgn efektif, aku rasa abang akupun mengambil inisiatif mendapatkan bahan mentah makanan yang murah dan dalam kuantiti yang bleh menampung jangka masa tertentu...satu hari, aku diajaknya untuk mendapatkan bahan mentah dengan menaiki motorsikal...perjalanan pergi memang perfect ...tak de masalah tup-tup masa perjalanan balik yang tadinya kering kontang tup-tup banjir plak...apa kes ni?Bayangkan motor bila masuk banjir jawapnya exhaust honda cup sekali dalam banjir apalagi tersemput-semput la...akulah mangsa menolak motor dalam banjir.....udah la saiznya kecil je(masa tu lahye) nak tolak motor yang penuh sarat dgn muatan...aku plak asik dok gelllak aja sebab motor terkentuk-kentuk..kha kha kha..aku rasa kenangan itu memang indah sungguh untuk aku kenang selamanya.....
Dan ceta lagi...
Mr A:"Pasai apa yang hang tak beli keta kat adik hang, sian dia dah la pompuan nak kena naik moto"...
Abang aku: "Hem...aku kenai la adik aku, klau beli keta langkah dia lagi panjang silap2 sampai kampung, ni motor pun aku rasa bukan sekadar s.alam tapi kololumpo pun sampai ni aku rasa".
Realitinya memang betullah cakap dia dengan BDP2382 tulah aku merayap bila time free drp kuliah pi tengok wayang kat Bukit Raja, nun kadang tuh sampai Summit, USJ lagi huyo betapa dahsatnya aku ni...Depa semua kata aku nih berani..mungkin ya kot mak memang trained aku jadi berani..zaman sekolah menengah dah naik motor gi sekolah. Maka tak hairanlah masuk universiti kat s.alam, artispun cakap aku ngan geng aku minah rempit...ingat lagi...aku, s- ngan sy--ee mesti tak leh lupa title tuh..kenangan betul...Ishh banyaknya kenangan........
Sekarang bila abang aku semakin meningkat usia..macam-macam penyakit aku dengar walaupun dia tak pernah bagitau kami adik beradik apa sebenar penyakit dia......Abang.. mungkin itu satu cara ujian Allah untuk hang. Kita sebagai hambaNya kena ikhtiar untuk menerima ujian itu...semua penyakit ada penawar kecuali mati.. tapi aku tengok dia rileks aje terus tak nak jumpa Dr..ada satu ketika tu sampai aku terfikir nak temankan dia jumpa Dr cumanya tak terkeluar daripada mulut aku aja..aku memang concern sangat pasal family aku..yang paling aku takut bila dengar ada sedara yang sakit.NAU'ZUBILLAH.. Ya ALLAH Ya TUHANku KAU JAUHI SEBARANG PENYAKIT daripada keluargaku AMIN.
No comments:
Post a Comment