Wednesday, March 30, 2011

Sleepy

Ke hulu ke hilir aku dalam linkungan 10m persegi (dalam opis je la) bagi menghilangkan rasa drowsy nih...Ape jenis dadah la yang dr kasik aku semalam..mmglah patut beriya dia nak kasik MC kat aku kalau gini gayanya...semalam seharian mmg collapse ditambah malampun sama..biasanya aku kalau terlebih tido mesti kepala nihh reject tapi peliknya nihhh ok jee...so mmg sah bahana drug yang aku amikkk...MC yg aku dpt nihh mmg betul bukan medical cheating...kalau gini gayanya..tadi otw dtg opis mau terlelap aku, habis ella jadinya dlm kereta hehehe..ni dah lunchhh kalau di isi lagi tangkiku..mau tak hilang gak lepas lunch nihhh...
syoknya kalau berdesupp dgn belon atas tilam tuhhh..kongsi sama mimpi ngan abang Daham..
Apa menu best tak tau nak kasik hilang sleepy ku iniiii??????????????

Monday, March 28, 2011

kawan makan

Kalau dulu biar belapar asalkan aku tak makan berseorangan di kedai makan..Tapi sekarang banyak yang dah berubah aku boleh lepak sorang-sorang hirup ABC waduhh sedapnya bila dikenang..Tapi kalau makan seorang di kedai makan tu mmg rasa sedikit kekok semua orang perhati semancam aja tapi sekarang aku belasah aja..Semenjak di tempat baru ni mmg kebanyakan activity aku bersendirian ja apatah lagi makan kekadang aku terpaksa call bahagian lain untuk cari teman makan.. paling senang jumaat tengahari aku cabut balik je makan kat rumahhh...Jauhhh ooo lunch aku tuhhh :) tapi kreditnya Asyraf dapat upah nyonyot ...heheheh..nikmatnya.

Dulu ex-boss siap marah2 habit yang suka berkawan-kawan..kalau sekarang boss ku tetap yang sama tentu dia heppi hehehe..itu dinamakan perubahan, masa merubah segalanya..sayupun ada..tapi itu realiti kehidupan..

Setiap hari aku akan tapau makanan dan duduk diam2 dalam bilik..mmg menghayati makan betullah tuhh..aku noticed kebanyakan officer kat sini mmg tapau makanan..aku dah mula persoalkan..apakah mereka itupun sama macam aku tak dak teman untuk makan atau dok mengejar time berfb  memandangkan time tuh ja leh fb..hemmmmm

Yummi feveret nihh..dulu sepinggan cukup dikongsi 2 tapi sekarang just nice tuk sorang ja..
Moral nya: semakin tinggi kedudukan pangkatnya semakin kurang radius "kekawanannya"..Ini falsampah apa pun aku tak faham kwang kwanggggggg....tapi yang pasti semua jenis air kedai  bob aku suka..semua jenis goreng-goreng kedai makcik(namapun tak tau) tupun aku suka..wallaaaaaaaaaa..itulah nikmat makan yang Allah berikan..bersyukur atas nikmat yang diberikanNya.

Thursday, March 17, 2011

Cuti-cuti Mesia..

Cuti sekolah datang lagi..aku baru ja 2 minggu naik keja dah plan gedebak-gededukk gitu gini...alkisahnya abang aku call katanya kakak ipar aku dah booking hotel first world gentinggg....Aku yang seperti saya yang menurut perintah nihhh menyahut ja..Oklah amik cuti..Bila bagi tau hubby dia pun okkk lagipun nanti anak2 akan tnya nak gi mana masa cuti..Itupun last day sekolah Tfa kata cutinya 12hb sampai 20hb jom pi bercuti sampai habis cuti (nota kaki: dia ingat mama ni cuti belajar la kottt...moral of story:jgn cuti bersalin 3 bulan hehehe ada kaitan ke?:)) Aku sound Tfa mama bukan cuti lagi...mama dah keje..cuti kena jugak berjimat-jimat untuk apa-apa emergency.

 Anak-anak paling best...yang excited tuhh aku rasa jumpa cousin2 tuhhh...Gembira tak ingat..kalau leh smua aktiviti buat bersama drp mandi, makan sampai tidur lah kiranya...Akupun syok jugak cuma bila ada mak aku takleh gedikk lebihh sgt coz aku byk nak kena handle mak..kalau ikut mak dia dah tak larat nak jalan dah..tapi cucu masih nak paksa dia..diorg still nak heppi2 ramai..Akupun nak tengok mak heppi...Mak gagahkan jugak...Mak ni bagi aku manja jugaklahhhh....Aku sayang mak..

budak kecik dibelakang mak
Genting memang pack org masa kami sampai kebanyakannya c**a la kan..Biasalah tempat utk berj*aku rasalahhh...dalam kesempetan tuhh kami lak dok pegi menyesakkan keadaan di situ..pusing cari parkingpun hampir sejam..bila dah sampai lobi..masa menunggu lama yang amat..bayangkan nombor giliran ditangan aku 568 sedang baru served 170..mak ooii..ada satu apek siap tegur "itu nombor mau pukul 6 baru panggil". Aku dengan hubby bawa budak2 masuk outdoor theme park..tinggallah mak ngan kakak ipar menunggu giliran...kul 4 abang aku call budak kecikkk dah tak selesa duduk..aku terpaksa kuar kira burn RM46 begitu aja...Abang aku suruh aku gi kaunter mintak cepat coz baby dah gamuk2...akupunn dengan muka penuh simpati gi kaunter..Alhamdullilah atas budi bicara budak india tuhhh kami selamat masuk bilik kul 4ptg..kalau tak maunya kul 7 still kat lobi lagi..
Budak penyelamat nihh..cam mane ceria je time nihhh????????
Malamnya dinner kami mmg limited disitu..mostly chinese food yang tak tahu status halalnya..optionnya fast food aja..Kami blasah Marry Brown (gini ke ejanya nihhh)...Mak dah tinggal tongkat dekat rumah aku..so jalannya lagi slow..Smua kena ikut rentaknya...pagi bebudak breakfast kat hotel, kami yang tua gi kedai mamak..4 org makan RM 50++ very theeeeee expensivenyaaaaa...Pagi jugak kami dah turun menuju Kuala Gandah....bersambung..

Tuesday, March 8, 2011

Idola

"Mama beli baju kebaya kat mana?" dan lagi "Kenapa mama asyik pakai tudung bawal aje"...tu antara dialog kakak semalam..Sejak aku naik keje nihhh rupanya dia observed ja apa aku pakai..seingat aku minggu lepas ditanyanya nama tudung yang aku pakai..Rupanya semalam dia dah buat conclusion yang dia mmg suka tengok aku pakai tudung bawal...thankssss dearie..berbunga mama bila anak mama puji mama cam tuhh..

Ingat lagi aku masa sekolah sambut Maulidur Rasul, nak sangat dia pakai tudung bawal, masa tuh tak tahu lagi nama tudung tuh, siap pinjam tudung yang aku dah kasik bibik. Dia cuma panggil selendang tapi nak pakai tudung macam kak Nadia (budak tu mmg pakai tudung bawal ja) rupanya diapun teringin nak pakai tudung bawal. How's sweet my princess siap dipadankan dengan jubah lagi...Itulah gelagat kakak sekarang, bab nak bergaya no 1 sekarang nihh.. nak cantikk je..Aku pernah baca some where dimana mesejnya "biarlah anak menganggap ibu/bapa idola mereka, ibu/bapa sebagai role model"..Dalam pada itu bagi ibu/bapa perlulah menunjuk teladan yang terbaik daripada segala aspek sama ada tingkah laku, pemakaian, peradaban dan sebagainya..Berat sungguh tanggungjawab ibu dan bapa dalam membesarkan anak2..Sebab tuhh aku selalu berdoa dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..AMIN